Perjalanan Bermula (Bersama PTS)

Karya MamaFiza pada February 5, 2010 

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari terindah buat saya sekeluarga >_<

Di mana kami berada? ;)

Ya, baru sahaja selesai pertemuan pertama bersama Cik Ashikin yang rupawan, Editor Perolehan, PTS Millenia Sdn Bhd di Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Berita gembira, permulaan kelana saya sebagai penulis bersama penerbit PTS yang berwibawa. Sungguh terharu, hati penuh riang! :-D Syukur kehadrat Illahi~

Bagai dibuai mimpi indah, kami sekeluarga meneruskan perjalanan pulang ke rumah.

Namun, disebabkan terlalu teruja (yang melampau! Heee. . .), kami tersalah jalan sehingga tiba ke puncak Genting Highland (dan tiada jalan pintas untuk berpatah balik)!

Penangan aura PTS yang pasti tidak akan dilupakan ^_^

Eh, di mana kita?

Nota: Hanya tersedar apabila telinga berdengung secara tiba-tiba -_-

Telah berada di landasan yang betul,
namun Kuala Lumpur dilitupi jerebu yang tebal hinggakan
bangunan mercu tinggi KLCC dan KL Tower hampir tidak kelihatan.

Insya-Allah, saya akan cuba mengemaskini blog ini bagi lanjutan kisah seterusnya tentang kehidupan baru saya sebagai penulis buku.

Penulisan di blog ini bertemakan diari nota ringkas dan ceria (jauh berbeza dari gaya penulisan saya untuk laman web sekolah di rumah). Harap anda menyukainya.

Terima kasih kerana sudi membaca coretan ikhlas saya. Saya doakan yang terbaik buat anda semua *peluk!*. Amin ^O^

Kotak Komentar

  1. [...] beliau baru sahaja dinaikkan pangkat oleh anak syarikat PTS iaitu PTS Milennia Sdn Bhd pada bulan May yang lalu daripada menjawat jawatan Editor Perolehan kepada jawatan baru yakni [...]

  2. [...] After a truly long journey (and off again!), today I’ve 15 minutes of free time to upload some pictures taken by my little boyfriend KiruaMi-cHan last 2 weeks. Location: PTS Editorial Office, Batu Caves. Several visit for few months since February 2010. [...]

Apa Pendapat Anda?