
Misi Diari Masakan
Karya MamaFiza pada May 25, 2010
Assalamualaikum wbt dan salam mesra buat semua pembaca yang amat dihormati
Moga sentiasa dilindungi dan dirahmati-Nya. Amin.
Misi saya untuk hasil garapan penulisan hari ini ialah mengenai Diari Masakan >_<
Jika anda merupakan pembaca setia di laman web sekolah di rumah, pasti anda telah membaca beberapa artikel berkenaan menu sihat di dalam kategori “My Healthy Kitchen“.
Bahan masakan yang telah saya sediakan dan diperapĀ ^-^
Tips: Saya gunakan plastik pembungkus makanan untuk memerap bahan mentah agar lebih banyak ruang didalam peti sejuk dapat digunakan bagi tujuan storan makanan.
Ramai pembaca yang komited telah meminta resipi dan tips melalui email peribadi, sms serta di kotak komentar. Jutaan terima kasih saya ucapkan diatas jasa baik anda
Syukur Alhamdulillah, saya memiliki pembaca yang prihatin dan tidak pernah gentar untuk mencuba sesuatu yang baru demi menambah baik menu harian sihat untuk keluarga. Percayalah, anda adalah insan terbaik yang pernah saya kenali ^_-
Jadi, mari kita mulakan projek ini bersama-sama, ya!
Permulaan Kisah (Rentetan Sejarah):
Sejak dari kecil, saya gemar memerhati dan membantu nenda tersayang dan bonda tercinta bersama arwah moyang yang dikasihi untuk memasak. Setiap kali memasak, perasaan teruja tidak dapat dibendung kerana saya percaya masakan dari air tangan ibu yang ikhlas pasti akan sentiasa diingati dan dirindui oleh keluarganya. Ketiga-tiga wira masakan yang dinamakan diatas amat gigih dan tidak jemu-jemu bagi mendidik saya serta menanamkan sikap berani untuk eksplorasi resipi baru dalam diri saya.
Namun begitu, saya hanya serius untuk mendalami dunia masakan setelah saya diajar memasak oleh suami sendiri diwaktu awal perkahwinan selama 1 tahun (kejutan khas buat anda! ^-^). Ibu mertua yang baik hati telah mengajar saya cara memasak masakan sayur-sayuran dengan kaedah yang betul agar digemari oleh anak-anak.
Ya, rahsia sebenarnya ialah saya merupakan individu yang tidak menyukai sayur-sayuran hijau (selain kacang panjang dan timun, heee . . . Hanya dengan terlihat sayur bayam sahaja boleh menyebabkan saya hampir pengsan jika disuruh memakannya), tetapi setelah mengetahui rahsia mudah tersebut saya adalah insan pertama akan menghabiskan masakan sayuran segar. Disebabkan oleh itu, saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana anak-anak saya amat gemar dan ketagih hidangan yang berunsurkan sayuran.
Sasaran Cabaran Kempen Diari Masakan 2010:
Pada awal tahun ini, saya telah mencuba beberapa resipi dari buku terbaru mentor masakan kesukaan saya iaitu Tuan Jamie Oliver, Jamie’s Food Revolution: Rediscover How to Cook Simple, Delicious, Affordable Meals ; buku berkulit tebal, 360 helai muka surat, ISBN: 1401323596.
Namun, ikrar baru saya bermula 1hb Jun 2010, saya ingin menyiapkan santapan mengikut judul resipi beliau sebanyak 3 hidangan berlainan setiap minggu dan akan siarkan hasil masakan serta sekelumit reviu berkenaan resipi yang telah saya cuba.
Ya, saya akan cuba yang terbaik untuk menghabiskan keseluruhan resipi tersebut bagi menjamu selera keluarga supaya dapat mempelbagaikan rasa serta memperkenalkan jenis masakan berlainan dan diterbitkan di dalam blog ini agar dapat berkongsi tips bersama pembaca. Nantikannya dengan penuh debaran
Jadi, jika anda ingin turut serta dalam kempen diari masakan bersama saya:
- Sila ceritakan sejarah permulaan kisah kembara masakan anda.
- Buku cabaran masakan yang ingin anda cuba (ya, anda boleh memilih apa sahaja tajuk dari chef atau tokoh masakan yang anda gemari).
- Nyatakan sasaran yang anda ingin capai (contoh: saya *MamaFiza* ingin menyiapkan 3 jenis resipi berdasarkan buku pilihan untuk setiap minggu).
- Terbitkan artikel tersebut di blog/laman web anda. Berikut adalah contoh artikel:
Tajuk Resipi: Daging Kambing Herba Berempah
Tadaaa ~ Inilah hasil saya yang pertama untuk misi minggu ini >O<
Rumusan:
Saya hidangkan bersama fettuccine dan krim keju segar agar rasa daging kambing herba berempah lebih dinikmati. Tidak pedas atau berminyak dan disukai oleh anak-anak.
Cadangan Masakan: Boleh gunakan rempah cili, perapan jalapeno atau sos Tabasco dan digril secara berasingan untuk santapan suami.
- Salin & tampal 1 logo kempen “Diari Masakan” ke dalam blog/laman web anda (tidak perlu ditampalkan bagi setiap artikel, hanya 1 logo telah memadai ^-^)
Ayuh, kita bermula
Selamat maju jaya ~
Kotak Komentar
Apa Pendapat Anda?







MamaFiza, Wanita Hari Ini, TV3
Si Cilik LittleKittle.com, MHI, TV3
MamaFiza, Warta Tengahari, TV1
MamaFiza, Respons, TV1
LittleKittleTV, YouTube









Puan, silalah kongsi rahsia masakan sayuran itu ya!
Saya sgt berbesar hati untuk menerimanya >_<
Salam sayang buat insan yang paling dikasihi Cik Yusrina
Wah, sangat terharu dengan komen pertama ini *tangisan gembira* TOT
Terima kasih Cik, perkara itulah yang saya akan kongsikan bersama di nukilan hadapan, Insya-Allah. Ayuh memasak, bonda comel Cik Yusrina >_<
p/s: mohon jaga diri Cik baik-baik ya!
[...] dengan misi masakan anda? Adakah anda ingin mulakannya bersama saya pada 1hb Jun [...]
Salam Mama Fiza..! Wah tahniah dengan kemunculan modul baru – Diari masakan yang pastinya berwajah lebih segar! Saya berbesar hati untuk turut serta dalam projek Diari Masakan Mama Fiza…! Akan di siapkan entrynya ya!
Salam perkenalan buat bonda yang rupawan Cik Izan
Subhanallah, jutaan terima kasih kerana sudi melawat blog peribadi saya. Saya amat menghargainya *tangisan gembira ^O^ *
Pertama sekali, sekalung tahniah saya ucapkan buat pihak Cik Izan yang rajin kerana yakin untuk memberikan komitmen baru terhadap misi diari masakan ini. Saya begitu teruja menerima penyertaan Cik yang disegani!
Oh, anda seorang ibunda yang hebat, sanggup memasak walaupun tiba lewat sebaik pulang dari waktu kerja 8 malam, saya sangat kagum dengan jiwa kental Cik. *Teringat pada perit-jerih bonda saya*
Saya doakan agar Cik Izan sekeluarga sentiasa dirahmati dan dilindungi-Nya
Amin~ Teruskan usaha murnimu ibu comel! *peluk*
[...] seperti yang telah dijanjikan bersama. Hari ini merupakan hari pertama saya memulakan misi diari masakan buat santapan [...]
saya baru jer nak belajar2 memasak… mmg minat cuma bakat tak seberapa.. byk yg dibantu suami ketika di dapur.. ;P boleh join jugak ker?
Salam kasih buat Cik Ina yang ceria
Subhanallah, terima kasih kerana sudi bertandang ke blog peribadi saya. Saya amat menghargainya *peluk!* ^_^
Oh, jangan bimbang. Boleh sahaja kerana tujuannya adalah untuk belajar kemahiran memasak resipi baru dan meningkatkan mutu masakan dirumah. Saya juga perlu banyak belajar dari Cik Ina & ibu-ibu istimewa
Dipersilakan untuk turut serta, ya? Saya pasti menunggu dengan penuh perasaan teruja. Anda adalah bonda yang prihatin!
[...] Sebenarnya saya berangan nak sertai cabaran Misi Diari Masakan yg dibuat oleh Mamafiza. Tapi disebabkan saya menetap di rumah mak buat sementara waktu ni, jadi [...]
salam mama fiza..
kalau bukan ibu-ibu pun boleh join juga ke..?
Assalamualaikum gadis comel Cik Irma
Terima kasih buat Cik kerana sudi datang ke blog ini, saya amat menghargainya ^_-
Sudah tentu, boleh! Misi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran perihal pentingnya kualiti menu hidangan sihat bagi pemakanan keluarga Malaysia khususnya. Ya, ia bermula dengan melakukan perubahan pada diri sendiri >_<
Saya akan pasti menunggu dengan setia penyertaan Cik Irma
Jaga diri ya, moga segala urusan Cik dipermudahkan oleh-Nya. Amin~
Salam Mama Fiza, seperti yang telah dijanjikan, saya telah siapkan entry Misi Diari Masakan @ Mama Fiza di blog saya. Boleh singgah ke entry saya di
http://sweetrecipesgallery.blogspot.com.
Cuba cek Ok tak..? he he
p/s: Macamana nak tukar avatar saya ya..?
salam,
saya pun ada challenge..kena masak 365 resepi sebelum hujung tahun ni
best jugak, sekarang ni tiap ari bersemangat nak masuk dapur cuba masak resepi baru sebab nak cukupkan 365 resepi. suami & anak2 pun suka sebab dapat try variety makanan. kalo tak dulu balik2 ayam masak kicap. hehe.
[...] minggu ini kita sambung kembali misi diari masakan yang telah [...]
[...] makluman para pembaca yang dikasihi, untuk menu misi diari masakan pada minggu hadapan terpaksa saya tangguhkan terbitannya ke minggu yang berikutnya disebabkan [...]
[...] tulisan Jamie Oliver itu sememangnya dicadangkan oleh Mamafiza. Namun saya hanya mampu membelek-belek sahaja. Percaya atau tidak. Peti ais saya masih kosong. [...]
[...] yang saya terima berdasarkan maklum balas yang diberikan melalui email Jangan gusar, pasti ada tekniknya untuk mengatasi masalah ini. [...]
[...] ini dan minggu hadapan saya akan bercuti seketika daripada “Misi Diari Masakan” menggunakan buku kegemaran saya iaitu hasil karya Tuan Jamie Oliver, Jamie’s Food [...]
Salam sayang buat Cik ne32 yang disegani
Terima kasih kerana sudi bertandang ke blog saya, moga Cik sentiasa girang gembira.
Wah, hebatnya misi Cik ne32! Saya sangat kagum dengan semangat Cik, teruskan perjuanganmu teman.
Moga Tuhan sentiasa merahmati dan melindungi dirimu & keluarga. Amin~ >O<
Salam mesra buat Cik Izan
Uh oh, menu ulung! Saya suka melawat blog masakan Cik >_< Syabas!
p/s: mudah sahaja, boleh ditukar di laman web gravatar.com ^_^ Selamat mencuba.
salam mamafiza yg dikasihi ,
macammana ye nak pupuk minat masak yg mendalam tu ?
serius saya cakap,saya tak mampu nak ikut semua resepi dlm sebuah buku ! oh…
Assalamualaikum wbt buat bonda jelitawan Cik Ummi Hanie
Salam Ramadhan, selamat berpuasa dan menjalani ibadah. Amin~
Cik Ummi Hanie, jangan bimbang. Semuanya bermula daripada hati dan niat. Insya-Allah kita semua boleh melakukan yang lebih baik daripada semalam dengan usaha gigih.
Berdasarkan pengalaman saya, yang paling utama, saya cadangkan Cik Ummi Hanie untuk memilih satu buku masakan khas yang ingin diterokai.
Setelah itu, cuba mengikut 100% kehendak resipi sebelum memulakan proses memasak, jika sibuk, hanya peruntukkan 1 resipi baru bagi setiap minggu. Menu baru boleh ditambah secara mingguan pabila ada sahaja masa terluang >_<
Kemudian, sejurus lengkap sahaja buku pertama dan Cik Ummi Hanie telah mulai berasa selesa didapur dengan menggunakan pelbagai bahan masakan baru (herba dan rempah ratus), Cik sudah boleh mulai mencipta resipi sendiri mengikut citarasa keluarga tersayang. Percayalah, tidak sukar untuk membuatnya kerana semuanya atas dasar cinta
Saya doakan agar Cik Ummi Hanie sentiasa tenang dan gembira serta tidak jemu-jemu untuk mencuba menu sihat yang baru. Amin. Selamat mencuba dan menerapkan unsur kreatif didapur, selamat berjaya *peluk!*
[...] an ordinary busy mom, perhaps, I enjoy cooking more than I enjoy sleeping *hoho!* [...]
[...] after I decide the on a specific menu, then I’ll make a shopping list that consists of each item that I will need to complete [...]
Assalamualaikum Mamafiza,
Semoga Mamafiza sentiasa diberkati Allah sentiasa. Teruja dengan minat memasak membuatkan saya terpanggil untuk menulis setelah sekian lama hanya menjadi pembaca senyap! Bagi saya motivasi adalah perkara paling penting dalam menyediakan menu istimewa untuk keluarga tersayang. Yang pasti, masaklah dengan penuh kasih-sayang, pasti hasilnya lebih dihargai. Jangan dilupa selawat dan doa, semoga lebih berkat.
Apapun Mamafiza, saya sentiasa menyokongmu.
Semoga lebih berjaya
Salam sayang
Norry
saya mempunyai 4 orang anak.setiap hari sebelum ke sekolah saya perlu sediakan sarapan untuk mereka,ini kerana anak-anak saya tidak pernah ke sekolah dengan perut kosong.kebiasaannya saya sediakan roti setiap hari,kadang-kadang saya tidak tau apakah menu yg sesuai dan ringkas untuk mereka. tk.
[...] dengan misi masakan anda? Adakah anda ingin mulakannya bersama saya pada 1hb Jun [...]
[...] seperti yang telah dijanjikan bersama. Hari ini merupakan hari pertama saya memulakan misi diari masakan buat santapan [...]
[...] minggu ini kita sambung kembali misi diari masakan yang telah [...]
[...] makluman para pembaca yang dikasihi, untuk menu misi diari masakan pada minggu hadapan terpaksa saya tangguhkan terbitannya ke minggu yang berikutnya disebabkan [...]
[...] yang saya terima berdasarkan maklum balas yang diberikan melalui email Jangan gusar, pasti ada tekniknya untuk mengatasi masalah ini. [...]