Formula Genius Buat Bonda

Karya MamaFiza pada May 31, 2010 

Tiada. Tiada ubat. Tiada formula.

Tiada jalan pintas untuk berjaya dalam mendidik anak kecil yang dianugerahkan-Nya.

Wahai bonda yang kusayangi sekalian, jangan sesekali terpedaya dengan rayuan iklan, promosi, risalah mahupun pengumuman berkenaan produk atau servis sebegini. Ikhlas kupinta darimu buat kesejahteraan anakandamu.

Adakah para pembaca yang dihormati pernah disogokkan isu ini? Ya, berkaitan genius. Contohnya:

Dan banyak lagi jajaan cerita mitos ini diwar-warkan pada segenap lapisan masyarakat khususnya di Malaysia.

Oh, tidak. Saya sering terasa mual apabila setiap kali dijemput untuk menghadiri kem yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu yang hanya berprovokasikan wang dan bukannya pembangunan insan secara ilmiah. Pasti tidak akan mengikutinya.

Bayangkanlah impaknya pada anak-anak peserta yang menyertai acara tersebut? :( Sahih akan terdera secara psikologi dan mentaliti tanpa disedari oleh penjaganya ataupun ibubapa.

Mengapa saya berpandangan sinis berkaitan hal ini? Ya, kerana saya kekal percaya dan berpendapat bahawa setiap bayi yang dilahirkan ke muka bumi ini adalah genius! :-D

Anak-anak comel ini wajar diberi hak sepenuhnya untuk diasuh dan dicorakkan secara positif dan penuh kasih sayang serta menjadi tanggungjawab utama ibubapa dalam memimpinnya bagi perlaksanaan mulia ini. Tentunya mereka memerlukan jangka masa berbeza untuk digilap menjadi insan terbilang.

Walaupun mereka bukan anak kita (anak orang lain), namun kita tidak mempunyai kedaulatan untuk melaknatkan individu kecil ini disebabkan sifat kekurangan yang ada pada diri mereka yang dianggap sebagai tidak “genius”.

Beriktikadlah bahawa kuasa ada di tangan kita dan kita memainkan peranan besar sebagai institusi komuniti berbilang bangsa yang boleh membantu mereka dengan pemikiran kritis, bantuan kebajikan dan berdoa buat segenap semesta.

Insya-Allah, disini saya juga ingin mengingatkan diri sendiri dan berkongsi pada para pembaca yang amat disegani supaya bersamalah kita berusaha agar kita tidak hanya mengambil jalan mudah bagi menggunakan keupayaan yang hanya pinjaman Tuhan buat kita ini untuk memperbesarkan hal tidak “genius” insan lain dan menghina setiap ciptaan Tuhan dalam bentuk umpatan nyata mahupun siber.

Formula yang dapat saya rumuskan bagi tujuan bersama iaitu berdasarkan pengalaman pembelajaran di rumah bersama anak-anak tercinta adalah:

Tetapkan cabaran untuk diri sendiri bagi ekspedisi pembelajaran dunia ilmu baru dan kongsikan pengalaman serta apa jua kemahiran peribadi anda buat anak yang dikasihi. Hasilnya pasti mengkagumkan anda!~ MamaFiza

Formula genius bukan semudah propaganda pemasaran diatas, dan bukan juga episod epistemologi tanpa didahului dengan kasih sayangmu bonda  ^O^

Jika saya yang serba kekurangan ini boleh melakukannya, anda pasti lebih hebat! Yakinilah diri anda :-D

Anakandamu adalah maha karya Tuhan yang luar biasa!

——————————————————–

Arkib gambar tahun 2001-2002: Contoh profesionalisme kecil yang ada pada diri saya, iaitu minat melukis yang dikongsi bersama anakanda *Alhamdulillah*.

Cabaran pada diri: Saya hasilkan lukisan buat suami yang disanjungi dengan hanya menggunakan sebatang pen marker bersaiz mini.

Cabaran pada diri: Saya reka lukisan karektor permainan komputer untuk tugasan universiti dengan hanya menggunakan sebatang pen hitam berdakwat basah yang biasa.

Cabaran pada diri: Saya ciptakan lukisan karektor dengan hanya menggunakan sebatang berus lukisan bersaiz sederhana dan warna air hitam jenama Buncho.

p/s: Ya, merupakan koleksi antik. Oleh sebab itu, kertasnya telah bertukar menjadi kekuningan ^_-

Kotak Komentar

  1. coach sha says:

    Setiap anak dilahirkan fitrah. Suci. Sebaik-baik kejadian.

    Tiada jalan pintas dalam membesarkan anak.

    Apa kata dari kita terlalu fokus kepada HASIL, kita fokus kepada PROSES. Proses menjadikan anak-anak seorang insan ialah proses yang turut sama mendewasakan kita.

    Kita hanya menumpang rezeki mereka bukan?

    Untuk mendapat anak-anak yang soleh dan solehah, kita perlu dahulu menjadi ibu bapa yang soleh dan solehah.

    Peringatan buat diri ini juga.

  2. Ummu Wafi says:

    Ya.., benar. Setiap anak mempunyai potensi tersendiri yg besar. Kita hanya perlu gilap, bimbing, beri peluang dan kenali potensi mereka..,

    Dan ini semua tidak dpt dilakukan jika kita tidak benar2 terlibat dlm proses mengasuh anak anak..

  3. MamaFiza says:

    Salam kerinduan buat bonda rupawan Cik Ummu Wafi ;)

    Jutaan terima kasih kerana sudi berkunjung ke laman ini. Saya amat gembira membaca komentar Cik yang bernas.

    Saya setuju 100%. Proses pendidikan awal & misi pendidikan sepanjang hayat, tampak remeh & kecil pada pandangan ramai, namun impaknya amat besar jika sikap saling mengambil berat diutamakan dalam setiap keluarga berbanding mendahulukan hal penyebaran isu “negatif” keluarga lain. Cara terbaik bagi mengubah keadaan & situasi kronik masyarakat hari ini adalah bermula dari rumah sendiri. Insya-Allah, kita usahakan bersama, ya? ^O^

    Saya doakan yang terbaik buat Cik Ummu Wafi sekeluarga. Amin~ *pelukan rindu!*

  4. Rafidah Alwi says:

    Saya kagumi dengan cara mamaFiza membesarkan dan menyekolahkan anak2 di rumah.
    akan tetapi saya sdikit ragu2 dan musykil, untuk mAma to be cam saya yg kerja office hour(malam baru sampai di rumah), bagaimana ya ingin melakukan perkara tersebut?
    (Saya mungkin akan menggunakan tips bijak mamaFiza jika saya seorang ibu dan surirumah sepenuh masa) (^_^)

  5. MamaFiza says:

    Salam sayang terindah buat Cik Rafidah Alwi ;)

    Semoga sihat sejahtera dan sentiasa diberkati-Nya, Amin~

    Terima kasih yang tidak terhingga Cik kerana sudi melawat blog ini, saya amat menghargainya. ^O^

    Cik Rafidah jangan bimbang kerana saya juga insan biasa sahaja, tiada bezanya. Saya tabik hormat pada Cik Rafidah kerana punyai keazaman yang kuat untuk mendidik anak tersayang walaupun bekerja di luar. *peluk!*

    Pertama sekali saya cadangkan Cik mulakan dengan membuat jadual harian untuk diri Cik, anak dan suami. Untuk anak comel, Cik bina jadual setiap hari (di waktu malam sebelum tidur), buat 1 aktiviti khas *mengaji Al-Quran/mewarna/mengira/projek sains/dll* dan 1 aktiviti membaca buku cerita sebelum tidur. Aktiviti ini khusus untuk Cik dan anak sahaja, ia tidak termasuk aktiviti di sekolah seperti membuat latihan kerja sekolah. Setiap sesi hanya ambil 15-45 minit sahaja. Dipelbagaikan pengisiannya setiap hari tanpa henti selama 30 hari dan Cik boleh lihat perubahan persepsi pembelajaran dalam diri anak-anak comel. insya-Allah :-D

    Selamat maju jaya, saya akan sentiasa doakan agar Cik dipermudahkan urusan oleh-Nya, Amin~

    p/s: Jika Cik berminat untuk turut serta seminar berkaitan homeschooling (ya, boleh dibuat secara sepenuh masa mahupun separuh masa bersama anak walaupun bekerja di luar), cik boleh lawati pautan ini ya >_<

  6. MamaFiza says:

    Benar sekali bonda Cik CoachSha :-D

    Amat setuju, sama-sama kita berusaha ke arah yang terbaik buat anak-anak dan berdoa untuk sekalian umat sejagat. Amin ~

    Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi berkongsi pendapat ^-^ Salam hormat dan kasih dari kami sekeluarga *peluk!*

  7. Miss Taty says:

    Assalamualaikum dan Salam Sayang Buat MamaFiza,

    Terlebih dahulu diucapkan sekalung ‘TAHNIAH dan SYABAS’ diatas pembukaan laman web baru mamaFiza.com ini! *Amin*

    Alhamdulillah semoga mamaFiza sukses dan dapat melahirkan lebih ramai insan/ibu-ibu/anak-anak yang berilmu rohaniah dan zahiriah dengan hasil tulisan dan nasihat serta pengalaman yang dapat dikongsikan bersama disini.

    Kami sangat2 berharap mamaFiza senantiasa berkongsi tips2 yg sangat bernas dalam mendidik dan membentuk kita menjadi seorang ibu yang dinamik, kreatif, inovatif, penyabar dan penyayang seperti MamaFiza! *tabik spring* hehe. Tak sabar rasanya nak tunggu idea2 masakan yg kreatif tetapi simple dan mudah disiapkan untuk santapan harian keluarga. ;-)

    Salam sayang… peluk cium untuk MamaFiza dan anak-anakmu yang comel!

    Love ~Miss Taty aka mamayaya
    http://www.mamayayazone.com ~all ’bout mummy..baby..& such!!

  8. Miss Su says:

    Assalamualaikum to Mamafiza and kawan2 di sini..
    sgt2 memberi inspirasi segala komentar mahupun artikel kat sini .. saya percaya pendidikan di rumah adalah yang terbaik utk anak2 kita kerana kitalah yg boleh mencorakkan masa depan mereka … jom sama2 sokong homeschool.. moga2 anak2 kita semua menjadi anak2 yg berjaya dunia dan akhirat .. amin ..

  9. Salam ukhwah mama fiza…

    Benar yang sebenar-benarnya..setiap anak itu umpama kain putih.ibu bapalah yang mencorakkannya.Tiada jalan pintas untuk menjadikan anak itu bijak,baik,cemerlang dan sbnyer.ianya semua adalah hasil usaha insan yang bnama ibu dan bapa.jika ada sekalipun ubat yang boleh menjadikan anak itu genius ianya dinamakan ‘usaha dan doa’ ibu dan bapanya.tanpa usaha dan doa ibu dan bapanya,maka anak itu tidak dapat digilap sebaiknya.

    terima kasih di atas motivasi dan kata-kata yang membantu.smg ianya akan menjadikan kita semua sedar bahawa ada tanggungjawab besar yg sentiasa menanti kita.

    Ashikin Hashim

  10. MamaFiza says:

    Salam sayang buat Cik Ashikin yang dimuliakan ;)

    Terima kasih kerana sudi melawat blog peribadi saya dan sudi berkongsi idea serta pendapat yang amat bernas. Salam persahabatan daripada saya *peluk!*

    Teruskan usaha kerasmu bonda, sama-sama kita realisasikannya, Insya-Allah.

    Moga Tuhan sentiasa merahmati dirimu & keluarga. Amin~ >O<

  11. MamaFiza says:

    Salam sayang buat Cik Su yang memikat jiwa ;)

    Terima kasih kerana sudi melawat blog peribadi saya. Saya gemar sekali pendapat Cik *peluk!*

    Hingga kita bertemu di seminar HCM Julai ini ya.

    Moga Tuhan sentiasa merahmati hari-hari Cik Su dan keluarga. Amin~ >O<

  12. MamaFiza says:

    Salam istimewa buat Cik Taty, sahabat sejati ;)

    Jutaan terima kasih buatmu bonda kerana sudi melawat blog peribadi ini. Rindu sangat padamu si rupawan *peluk!*

    Insya-Allah, sama-sama kita cuba dan terapkan yang terbaik buat anak-anak. Pasti akan menjadi teladan yang baik buat semua, Insya-Allah. Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.

    Kirim salam sayang saya buat bibik Cik Taty yang baik hati itu. Pelukan mesra dari saya buat anak-anak comelmu :D

    Moga Tuhan sentiasa merahmati dan melindungi dirimu & keluarga. Amin~ >O<

    p/s: saya banyak belajar dari ketulusan hatimu Cik Taty!

  13. Nurul says:

    Saya mungkin belum mendirikan rumahtangga, apa lagi mempunyai anak, tapi saya betul2 mahu mempraktikkan kaedah mendidik anak yang terbaik – untuk kebaikan mereka juga, kan? :)

    Saya kagumi cara miss Fiza mendidik anak-anak – boleh dijadikan inspirasi untuk saya bila saya mempunyai anak elak! :)

  14. MamaFiza says:

    Salam tulus ikhlas dari saya buat Cik Nurul yag comel :-D

    Subhanallah, saya juga insan biasa yang masih belajar daripada kesilapan. Bersama-sama kita belajar ke arah pembangunan prinsip keibubapaan positif. Amin~

    Andalah inspirasi terbaik! >O<

  15. subhanallah…saya terpegun dengan blog ini

  16. Salam semua.. :-)
    Seronok sgt dapat berkongsi pandangan serta pendapat di laman blog ni.. Tips2 yang diberikan sgt berguna..
    saya amat kagum dengan cara dan kaedah didikan mama fiza buat anak2 comel nye..
    bagaimana atau ape xtvt yg perlu saya lakukan buat anak saya pada waktu malam, waktu kerja yang membuatkan kadang2 agak terbatas xtvt bersama anak.. :-)

  17. rafidah says:

    salam .saya baru tahu tentg blog puan ni dlm mhi yg disiarkan pagi tadi 1hb feb.saya amat tertarik dgn hidangan sicilik dan akan cuba mendapatkan buku tersebut.sebelum ni saya sering fkr mcm mane nak ajar anak mkn sayur dan buah2 dan ape resepi patut dibuat untuk dlm seminggu.akan saya beli secepat mugkin.tq

  18. Linda says:

    Salam Mamafiza, sukar untuk saya gambarkan dengan kata2 betapa kagumnya saya dengan kasih sayang dan ketulusan hati mamafiza….
    Bagaimana ya mamafiza mengatasi rasa penat atau letih?
    Betullah mmg kasih sayang dan keikhlasan akan mengatasi segala kesulitan kan…
    Terima kasih di atas inspirasi yang diberikan :-)

  19. mamaAlyaa says:

    As salam..hy mama fiza,i really adore u.honestly *hug*
    saya ingin menyertai bengkel yang miss fiza buat tp memandangkan saya tinggal di pahang so terpaksa lah follow blog jer,anyway hopefully one daya saya dapat join.Insyaallah.

  20. saya suka cara Mamafiza!

  21. Noor Ashira says:

    Mama boleh tolong buatkan saya jadual harian sebelum menduduki peperiksaan SRU dan UPSR pada tahun ini…………

Apa Pendapat Anda?