
Sasaran Bahan Bacaan Harian
Post by MamaFiza on June 30, 2010
Alhamdulillah, hari yang penuh cabaran dan diakhiri dengan berita gembira
Bonda tersayang, ayahanda teristimewa, nenda tercinta dan adik-adik yang dikasihi baru sahaja tiba dari tempat percutian, pagi semalam. Nanti saya kemaskini episod ole-olenya, Insya-Allah >O< Jutaan terima kasih famili ceria!
Bagi sesi terbitan kali ini, saya ingin menjawab pertanyaan berkenaan cara untuk mendisplinkan diri dalam menambah kualiti masa bacaan rutin walaupun sibuk dengan urusan seharian.
Jangan bimbang, caranya mudah sahaja
:
- Tetapkan genre yang ingin dibaca dan buat senarai pendek sebelum membeli buku tersebut agar anda benar-benar menghargainya.
- Cari ulasan buku yang berkenan dihati melalui enjin carian di Internet bagi mendapatkan serba-sedikit info buku serta testimonial pembaca terdahulu.
- Isi dan hias jadual bacaan di atas meja kerja atau di dalam dompet (pastikan ditampal di kawasan yang selalu diperhatikan).
- Gunakan bakul buku khas dan judul buku ditukar setiap hari mengikut matlamat bacaan yang telah ditetapkan.
- Cuba tetapkan tempoh masa bacaan untuk diri sendiri selama 15 minit sehari selama 30 hari dan tambahkan masa setelah benar-benar selesa dengan jadual yang telah diikuti. *Saya gemar membaca sebelum waktu tidur, heee >w< *
- Bawa sebuah buku khas di dalam beg galas atau tas tangan agar boleh terus sambung pembacaan walaupun di tempat awam. *Boleh elakkan pembaziran masa
* - Berjanji pada diri sendiri bahawa hanya akan membeli buku baru apabila selesai membaca semua buku yang telah dibeli, walaupun tarikan bau buku-buku baru di gedung buku sangat menggiurkan anda! (Percayalah, saya berkebolehan membaca minda anda, heee)
*Dapat menjauhkan diri daripada belenggu simpanan stok buku baru dan terkini bertukar menjadi lapuk kerana tiada masa untuk dibaca* - Nota: Pilihlah hari yang sesuai untuk mendermakan buku-buku yang telah habis dibaca kepada badan kebajikan.
Mudah sahaja, bukan?
Klik di sini untuk melihat cara untuk mengatur peralatan harian *yang ditukar setiap hari* bagi kegunaan aktiviti pendidikan sekolah di rumah ^_-
Jika jadual harian diikuti, Insya-Allah anda akan berasa hairan dengan limpahan lebihan masa yang ada. Jadi, bolehlah disalurkan untuk tujuan yang lebih bermanfaat.

Menu makan malam hari Ahad yang lalu:
Eliche Tricolore bersama sayuran timun Jepun, hirisan terung, brokoli, kerisik ikan bilis dan sos campuran cendawan serta keju herba.
Moga Tuhan sentiasa merahmati dan menyayangi para pembaca yang amat dihormati, Amin.
Semoga setiasa tabah dan cekal dalam menempuhi kehidupan seharian. Cergas dan gembira, ya!

Seni Kraf Bersama Si Manja
Post by MamaFiza on June 28, 2010
Minggu yang penuh debaran dan kerja keras. Alhamdulillah kerana semuanya menjanakan hasil positif
Persiapan untuk seminar WAHM Workshop yang ketiga akan berlangsung di Vistana Hotel, Kuala Lumpur pada 3hb Julai 2010 telah disiapkan. Tentunya saya yang terlebih teruja untuk bertemu dengan keseluruhan peserta yang anggun bergaya! *Heee . . .*
Aktiviti harian untuk sekolah di rumah buat anak-anak juga berjalan lancar dan sesi seni kraf tetap menjadi kegemaran bersama.
Setiap minggu sejak si manja mula belajar dan boleh memegang objek, mereka akan diasuh untuk mendapat pendedahan pelbagai jenis medium pendidikan seni kreatif bagi menambah cabang imaginasi mereka.
Alhamdulillah, bakat yang digilap pada si comel semakin menyerlah setelah meningkat usia dan tempahan hasil karya mereka bertambah setiap bulan >_< Jutaan terima kasih kepada klien tetap yang meminati cetusan seni kreatif ini.
Bagi projek seni kraf untuk bulan Mei – Jun 2010 , adunan warna dan gaya potongan bebas lebih diutamakan dalam seni fabrik karektor. Pelbagai imej baru direka cipta malah ada juga yang diadaptasi daripada genre animasi kesukaan anak-anak tersayang.
Insya-Allah, jika anak sulung: KiruaMi-cHan, tidak sibuk dengan sesi kelas robotiknya, pasti si putera kecil ini akan mengemaskini blog sekolah di rumah dengan koleksi hasil seni yang telah disiapkan bersama adik-adiknya untuk setiap minggu. Jadi, nantikan dengan tenang, ya?

Dunia penuh warna-warni ^__^
Karektor Naruto di atas, saya buat khas untuk suami tercinta yang merupakan peminat tegar rancangan siri animasi dan komik ini. Hanya menunggu masa terluang untuk menjahit dan mencantumkannya pada baju sejuk tebal kepunyaan beliau. Manja sungguh!
Menariknya, hasil tangan rekaan yang telah disempurnakan oleh anak-anak lebih mencabar daripada fabrik yang telah dibereskan oleh saya *segan dan malu* >w<
Oh ya, tidak lupa juga kepada bonda rupawan yang berminat untuk membeli kain fabrik kraf tebal ini (dalam pelbagai saiz) bagi kegunaan latihan seni di rumah buat si comel anda, boleh sahaja membeli daripada kedai kelolaan LittleKittle.com dengan mengisi borang di sini. Insya-Allah, saya akan membalasnya pada waktu senggang ^-^
OoOo ini bukan fabrik ya, ini adalah menu pada hari Jumaat yang lalu.
Hidangan penne rigate bersama sos keju herba, sayuran stim dan kerisik ikan bilis
Sehingga bertemu kembali diterbitan akan datang. Teruskan usaha murnimu dalam mendidik permata hati tanpa mengenal erti jemu dan penuh doa ikhlas serta harapan setinggi langit.
Selamat menjalani tugasan seharian ibunda, pastikan senyuman manismu adalah milik keluargamu ^O^ *pelukan mesra!*

Sambutan Hari Bapa 2010
Post by MamaFiza on June 20, 2010
Selamat Hari Bapa buat semua bapa di seluruh pelusuk buana
Alhamdulillah, keluarga saya turut meraikannya setiap tahun. Oleh yang demikian, seperti tahun-tahun sebelumnya, anak-anak comel kami pasti akan menyediakan hidangan khas buat bapa kesayangan mereka: Tuan Azhar Zahir.
Ingin tahu apa menu yang mereka hasilkan untuk Hari Bapa pada tahun ini? Sila tunggu kemaskini blog daripada anakanda sulung, KiruaMi-cHan di laman web sekolah di rumah
Terima kasih.
Buat suami yang amat dikasihi dan dirindui setiap saat hayat ini, jutaan terima kasih buat segala-galanya. Tanpa kasih sayang, dorongan dan doamu tidak akan diriku kental untuk meneruskan perjuangan ini *Alhamdulillah*. Semoga Tuhan sentiasa meredhai dan memberkati hidupmu, Amin~ *tangisan kegembiraan!* >_<
Menu ulung buat kekasih hati saya
:
Ayam panggang lada hitam bersama sos perang,
kentang goreng, tomato segar dan kacang pis.
Hadiah khas hanya untuk pengetahuan teman hidup saya ini ^__^ Heeee!
Ucapan yang teristimewa buat ayahanda tercinta : Tuan Haji Abdul Rahman Bin Ahmad Hanafiah atau lebih dikenali dengan nama pena beliau: Wiramanja , dan dipanggil “Atuk” oleh anak-anak kami (dahulunya digelar “Atuk Honda” oleh si cilik kami, heeee!*. Moga ayahanda sentiasa sihat dan dilindungi-Nya serta menikmati waktu indah bersama ibunda yang jelita.
Nota: Ajaibnya sejak awal tahun 2010, saya telah menerima banyak email berserta URL yang merupakan peminat setia ayahanda saya dan ingin tahu aktiviti terkini beliau. Oh, jutaan terima kasih atas sokongan anda >O< , ayahanda saya tentu gembira. Insya-Allah, jika ada sambutan dari para pembaca yang dihormati, saya akan perihalkan memori menarik berkenaan ayahanda saya. Jadi sila bantu untuk maklumkan saya, ya?
Ayam ini dimasak secara rahsia tanpa pengetahuan suami saya
khusus untuk kejutan di malam hari!
Hasrat saya?
Ingin memasak untuk santapan hari bapa buat ayahanda saya juga!
Khas buat atuk saya: Atuk, Allahyarham “Atuk Sungai” dan Allahyarham Tok Aki *moyang saya*, jasamu tidak akan kulupakan. Merekalah insan hebat yang hadir dalam hidup saya dan saya sangat mensyukuri peluang yng diberikan oleh-Nya.
Bagaimanakah pula cara anda menyambut ketibaan hari bapa buat ketua keluarga anda? Sila kongsikan pengalaman indah bersama ^_^
Serikan hari anda dengan senyuman tulus ikhlas, moga bertemu lagi~

Diari Masakan 006 – Aneka Pesta Fettuccine
Post by MamaFiza on June 19, 2010
Hari minggu hadir lagi *Alhamdulillah*
Sudahkah para pembaca yang dihormati mengikuti “Misi Diari Masakan” yang dianjurkan khas buat penambahbaikan menu sihat keluarga?
Saya harap agar matlamat ini dapat diteruskan dengan penuh semangat jitu dan hati yang girang ^__^
Bersama kita mulakan dengan ungkapan istimewa Bismillahir-Rahmanir-Rahim >_<
Tajuk Menu: Aneka Pesta Spageti
Fettuccine bayam dan biasa bersama sosej keju panggang dan sos krim cendawan + herba.
Menu cabaran masakan untuk minggu ini ^-^
Fettuccine bayam dan biasa bersama campuran sayur goreng brokoli, herba, kacang buncis dan gorengan sosej keju.
Sos khas dibuat untuk menu ini: Sos plum tomato dan ikan mackerel segar.
Rumusan:
Masakan fettuccine sememangnya menjadi salah satu hidangan rutin mingguan dalam keluarga saya. Oleh kerana kami sekeluarga merupakan pengamal pendidikan sekolah di rumah yang tegar, menu harian keluarga juga perlu saya pastikan berbeza dan dikemaskini dengan hidangan bernilai tambah positif agar impak tumbesaran minda dan fizikal anak-anak tersayang lebih teruja menikmati makanan dan bertambah sihat. Insya-Allah. Jumlah hidangan nasi putih hanya sebanyak 2 kali dalam seminggu buat keluarga saya.
Alhamdulillah, hidangan ini sangat berkhasiat, malah mudah dan cepat untuk disediakan. Sosnya boleh diperlbagaikan mengikut kreativiti para pembaca
Cadangan Masakan: Pastikan penggunaan herba, krim keju, sos tomato dan sayur-sayuran segar diutamakan dalam hidangan sihat anda.
Apa pula hidangan rutin kegemaran keluarga anda?
Jangan ragu-ragu untuk sediakan yang terbaik untuk permata hati anda.
Semoga Tuhan sentiasa merahmati para pembaca sekalian. Amin~









MamaFiza, Wanita Hari Ini, TV3
Si Cilik LittleKittle.com, MHI, TV3
MamaFiza, Warta Tengahari, TV1
MamaFiza, Respons, TV1
LittleKittleTV, YouTube








