Diari Masakan 001 – Ayam Panggang Enak

Karya MamaFiza pada June 1, 2010 

Alhamdulillah, seperti yang telah dijanjikan bersama. Hari ini merupakan hari pertama saya memulakan misi diari masakan buat santapan keluarga ;)

Walaupun persinggahan ini hanya sementara dan hari esok perlu menyambung tugasan kerja luar, namun tekad ini perlu diteruskan.

Apa yang membuatkan saya lebih terharu adalah kerana saya telah menerima komentar penyertaan awal bagi aspirasi ini. Salam persahabatan buat Cik Izan yang dikasihi ^O^

Baiklah, mari kita mulakan dengan lafaz Bismillahir-Rahmanir-Rahim >_<

Tajuk Resipi: Ayam Panggang Enak

Menu cabaran masakan untuk hari ini ^-^

Ini hasilnya *tadaaa . . .* :-D

Rumusan:

Saya gunakan 4 ketul potongan besar bahagian peha ayam bagi masakan “Ayam Panggang Enak” ini berbanding resipi asal (Perfect Roast Chicken) oleh Tuan Jamie Oliver yang menggunakan keseluruhan bahagian seekor ayam.

Ini adalah kerana suami tercinta dan anak-anak yang disayangi amat menggemari bahagian tersebut. Belahan ayam telah diperap selama semalaman sebelum dibakar didalam ketuhar. Alhamdulillah, rasanya lebih berperisa dan enak dimakan bersama nasi mentega.

Cadangan Masakan: Saya tambahkan serbuk bawang putih dan sos lada hitam pada bahan perapan dan disapukan dengan sedikit madu sewaktu bahagian ayam hampir masak.

Selamat mencuba dan menjayakan niat murni ini, ya? Semoga berjaya ;) Amin~

Hingga bertemu kembali, Insya-Allah.

Kotak Komentar

Apa Pendapat Anda?