Diari Masakan 002 – Kambing Panggang Lazat

Karya MamaFiza pada June 5, 2010 

Alhamdulillah, minggu ini kita sambung kembali misi diari masakan yang telah direncanakan ;)

Saya amat berbesar hati kerana Cik Izan yang anggun bak bidadari telah memulakan aspirasi tersebut tanpa sebarang penangguhan. *tabik hormat!* >_<

Minggu depan (hari Isnin -Jumaat *7hb-11hb Jun 2010*) merupakan saat yang paling kritikal buat kesemua anakanda kami yang comel kerana mereka akan mendapat sesuatu *versi rasmi* yang hanya saya dan suami dapat realisasikannya ketika usia kami menjangkau 17 tahun. Namun, Alhamdulillah, anak-anak saya berpeluang mengecapinya di awal umur pra-sekolah! :-D Ada sesiapa yang boleh meneka?

Ayuh, kita mulakan diari masakan kali ini dengan lafaz Bismillahir-Rahmanir-Rahim >_<

Tajuk Resipi: Kambing Panggang Lazat

Menu cabaran masakan untuk minggu ini ^-^

Masakan kambing panggang lazat dihidang bersama sos perang,
kacang panggang, sayuran coleslaw *tadaaa . . .* :-D

Rumusan:

Saya gunakan 6 hirisan bahagian bahu kambing bagi masakan “Kambing Panggang Lazat”
ini berbanding resipi asal (Perfect Roast Lamb) oleh Tuan Jamie Oliver
yang menggunakan keseluruhan bahagian peha kambing.

Ini adalah kerana bahagian tersebut telah habis dijual di pasaraya yang saya kunjungi. Hirisan bahu kambing telah diperap selama semalaman sebelum dibakar didalam ketuhar. Alhamdulillah, hasilnya empuk dan amat menyelerakan untuk hidangan makan malam bersama keluarga.

Cadangan Masakan: Tambahkan sos perang sebagai proses akhir dekorasi masakan, pasti hidangan kambing panggang lebih digemari berbanding .

Saya doakan yang terbaik buat para pembaca yang mulia, selamat memasak di dapur ;) Amin~

Jumpa lagi, Insya-Allah.

Kotak Komentar

  1. Salam Mama Fiza,
    Whoaaa..!! memanggg nampak sedappppp banget nihhh..!! Menu macam ni kalau boleh buat sendiri kat rumah lagi bagus.. terjamin kebersihan dan status HALALnyer yekk!!

  2. ravishingpeacock berkata:

    terbaek la u…knpem sedap kn?

  3. [...] Buat makluman para pembaca yang dikasihi, untuk menu misi diari masakan pada minggu hadapan terpaksa saya tangguhkan terbitannya ke minggu yang berikutnya disebabkan kesulitan mencari waktu yang sesuai untuk mengemaskini blog ini disebabkan jadual khas buat anakanda tersayang yang mempunyai agenda rasmi [...]

  4. MamaFiza berkata:

    Salam kasih buat Cik Izan yang ringan tulang ;)

    Terima kasih kerana sudi memberi komentar. Saya amat suka dengan sifat penyayang Cik *peluk!*

    Alhamdulillah, jika memasak dirumah pasti lebih bersih dan menjimatkan.

    Moga Tuhan sentiasa memberkati Cik Izan dan famili. Amin~ >O<

  5. Salam MamaFiza.

    Sedapnya tengok kambing panggang. Baru tengok je. Belum rasa lagi. Lagilah bulan puasa ni :)

    All the best!

    Team KambingPanggang.com

  6. MamaFiza berkata:

    Assalamualaikum wbt dan salam perkenalan buat Team KambingPanggang.com yang unggul ;)

    Jutaan terima kasih kerana sudi singgah di teratak alam maya saya ini. Saya amat menghargainya ^O^

    Moga pihak krew Tuan sentiasa kekal ceria, dirahmati-Nya dan berjaya dalam perniagaan yang dijalankan. Teruskan usaha murnimu :D

  7. [...] Dua menu lain yang boleh dimasak dengan menggunakan resepi percik yang dipelbagaikan adalah “Sotong Percik” dan “Daging Kambing Percik” (selain versi daging kambing panggang). [...]

Apa Pendapat Anda?