
Pengganti Si Putih
Karya MamaFiza pada June 8, 2010
Pasti tiada siapa yang tidak kenal si “putih” ini
Ya, mayonis!
p/s: oh, entri ini bukan mengenai haiwan peliharaan yang digelar “Si Putih” ^-^
Keluarga saya merupakan peminat setia mayonis dan krim keju ^O^
Tahukah pembaca blog yang dikasihi sekalian serba sedikit mengenai bahan tambahan sebagai penyedap rasa ini?
Mayonis ialah sos pekat dan berkrim yang diperbuat daripada minyak, kuning telur, jus lemon atau cuka serta campuran bahan perisa. Juga digunakan sebagai bahan asas kepada sos lain, seperti sos tartar dan sos salad.
Jika suami tercinta atau anak kesayangan anda tidak meminati mayonis *dan sedang belajar untuk menikmatinya* , jangan bimbang. Mudah sahaja, anda boleh menggunakan krim keju bagi menggantikan si putih ini.
Krim keju juga boleh disapu pada roti sandwich atau biskut, asparagus dan sebagai pencicah makanan yang lain. Teksturnya lebih pekat, lembut bagaikan mentega, berwarna putih dan enak.
Burger dan keju krim!
Selamat mencuba
Kotak Komentar
Apa Pendapat Anda?





MamaFiza, Wanita Hari Ini, TV3
Si Cilik LittleKittle.com, MHI, TV3
MamaFiza, Warta Tengahari, TV1
MamaFiza, Respons, TV1
LittleKittleTV, YouTube








