Posted by MamaFiza.
Posted by MamaFiza.
Diari Masakan 006 – Aneka Pesta Fettuccine
Hari minggu hadir lagi *Alhamdulillah*
Sudahkah para pembaca yang dihormati mengikuti “Misi Diari Masakan” yang dianjurkan khas buat penambahbaikan menu sihat keluarga?
Saya harap agar matlamat ini dapat diteruskan dengan penuh semangat jitu dan hati yang girang ^__^
Bersama kita mulakan dengan ungkapan istimewa Bismillahir-Rahmanir-Rahim >_<
Tajuk Menu: Aneka Pesta Spageti
Fettuccine bayam dan biasa bersama sosej keju panggang dan sos krim cendawan + herba.
Menu cabaran masakan untuk minggu ini ^-^
Fettuccine bayam dan biasa bersama campuran sayur goreng brokoli, herba, kacang buncis dan gorengan sosej keju.
Sos khas dibuat untuk menu ini: Sos plum tomato dan ikan mackerel segar.
Rumusan:
Masakan fettuccine sememangnya menjadi salah satu hidangan rutin mingguan dalam keluarga saya. Oleh kerana kami sekeluarga merupakan pengamal pendidikan sekolah di rumah yang tegar, menu harian keluarga juga perlu saya pastikan berbeza dan dikemaskini dengan hidangan bernilai tambah positif agar impak tumbesaran minda dan fizikal anak-anak tersayang lebih teruja menikmati makanan dan bertambah sihat. Insya-Allah. Jumlah hidangan nasi putih hanya sebanyak 2 kali dalam seminggu buat keluarga saya.
Alhamdulillah, hidangan ini sangat berkhasiat, malah mudah dan cepat untuk disediakan. Sosnya boleh diperlbagaikan mengikut kreativiti para pembaca
Cadangan Masakan: Pastikan penggunaan herba, krim keju, sos tomato dan sayur-sayuran segar diutamakan dalam hidangan sihat anda.
Apa pula hidangan rutin kegemaran keluarga anda?
Jangan ragu-ragu untuk sediakan yang terbaik untuk permata hati anda.
Semoga Tuhan sentiasa merahmati para pembaca sekalian. Amin~
Salam sayang,
Hi gadis comel Cik ravishingpeacock
Terima kasih kerana sudi bertandang dan memberi komen. Moga hari anda sentiasa diberkati-Nya, Amin~ *peluk!*
ermm..sedap nyer fettucini..salam perkenalan mamafiza
Salam sayang buat Cik mamasuri yang comel molek
Terima kasih kerana sudi melawat blog peribadi saya. Salam perkenalan ikhlas dari sanubari *peluk!*
Moga Tuhan sentiasa menghadiahkan yang terbaik buat Cik sekeluarga. Amin ~ >_<
Salam perkenalan buat Mama Fiza.Macam sedap je pasta tu. Macam mana nak dapatkan resepinye.Saya pun nak try memasaknye utk family…
Salam ukhwah buat Cik khairulbariah
Selamat datang ke blog peribadi saya. Ya resipinya sama seperti menu ini namun sosej keju dibakar di dalam ketuhar bersama minyak zaitun. Manakala resipi kedua pula dihidangkan bersama sayuran stim yang dimasak secara berasingan dan sos tomato plum bersama ikan mackerel. Selamat mencuba
Saya syorkan Cik untuk memiliki buku koleksi masakan daripada Tuan Jamie Oliver kerana sangat membantu saya dalam memahirkan diri dengan masakan barat:
1) Jamie’s Kitchen by Jamie Oliver (ISBN-13: 9781401300227)
2) Cook with Jamie: My Guide to Making You a Better Cook by Jamie Oliver (ISBN-13: 9781401322335)
Cik juga boleh melawati laman web peribadi beliau yang mempunyai himpunan resipi menarik. Mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi di sini untuk menghormati karya hak penerbitan beliau.
Moga yang terbaik dan terindah buat Cik sekeluarga, Amin ^_- Selamat menjamu selera!














huhu sdapnye mknan tu