
Sambutan Hari Bapa 2010
Karya MamaFiza pada June 20, 2010
Selamat Hari Bapa buat semua bapa di seluruh pelusuk buana
Alhamdulillah, keluarga saya turut meraikannya setiap tahun. Oleh yang demikian, seperti tahun-tahun sebelumnya, anak-anak comel kami pasti akan menyediakan hidangan khas buat bapa kesayangan mereka: Tuan Azhar Zahir.
Ingin tahu apa menu yang mereka hasilkan untuk Hari Bapa pada tahun ini? Sila tunggu kemaskini blog daripada anakanda sulung, KiruaMi-cHan di laman web sekolah di rumah
Terima kasih.
Buat suami yang amat dikasihi dan dirindui setiap saat hayat ini, jutaan terima kasih buat segala-galanya. Tanpa kasih sayang, dorongan dan doamu tidak akan diriku kental untuk meneruskan perjuangan ini *Alhamdulillah*. Semoga Tuhan sentiasa meredhai dan memberkati hidupmu, Amin~ *tangisan kegembiraan!* >_<
Menu ulung buat kekasih hati saya
:
Ayam panggang lada hitam bersama sos perang,
kentang goreng, tomato segar dan kacang pis.
Hadiah khas hanya untuk pengetahuan teman hidup saya ini ^__^ Heeee!
Ucapan yang teristimewa buat ayahanda tercinta : Tuan Haji Abdul Rahman Bin Ahmad Hanafiah atau lebih dikenali dengan nama pena beliau: Wiramanja , dan dipanggil “Atuk” oleh anak-anak kami (dahulunya digelar “Atuk Honda” oleh si cilik kami, heeee!*. Moga ayahanda sentiasa sihat dan dilindungi-Nya serta menikmati waktu indah bersama ibunda yang jelita.
Nota: Ajaibnya sejak awal tahun 2010, saya telah menerima banyak email berserta URL yang merupakan peminat setia ayahanda saya dan ingin tahu aktiviti terkini beliau. Oh, jutaan terima kasih atas sokongan anda >O< , ayahanda saya tentu gembira. Insya-Allah, jika ada sambutan dari para pembaca yang dihormati, saya akan perihalkan memori menarik berkenaan ayahanda saya. Jadi sila bantu untuk maklumkan saya, ya?
Ayam ini dimasak secara rahsia tanpa pengetahuan suami saya
khusus untuk kejutan di malam hari!
Hasrat saya?
Ingin memasak untuk santapan hari bapa buat ayahanda saya juga!
Khas buat atuk saya: Atuk, Allahyarham “Atuk Sungai” dan Allahyarham Tok Aki *moyang saya*, jasamu tidak akan kulupakan. Merekalah insan hebat yang hadir dalam hidup saya dan saya sangat mensyukuri peluang yng diberikan oleh-Nya.
Bagaimanakah pula cara anda menyambut ketibaan hari bapa buat ketua keluarga anda? Sila kongsikan pengalaman indah bersama ^_^
Serikan hari anda dengan senyuman tulus ikhlas, moga bertemu lagi~
Kotak Komentar
Apa Pendapat Anda?





MamaFiza, Wanita Hari Ini, TV3
Si Cilik LittleKittle.com, MHI, TV3
MamaFiza, Warta Tengahari, TV1
MamaFiza, Respons, TV1
LittleKittleTV, YouTube









sedapnyer…nak sikit..
*tak sangka ya ayah mamafiza rakan sejawatan saya di UiTM *wink*
Salam sayang buat Cik ibu sufi yang rupawan
Terima kasih kerana sudi memberi komentar. Oh benarkah? Heee pasti ayahanda saya tertanya-tanya! Silalah menegur beliau
Selamat beristirehat bersama keluarga istimewamu *peluk!*
[...] lama! (Ya, saya telah mula menggunakannya dengan rasmi untuk makan malam bersama kekasih abadi *Tuan Azhar Zahir* dan untuk pertama kali di acara umum Homeschool “Chatter” Moment II [Upgraded]) [...]
[...] super dad He is a Senior Lecturer at UiTM Puncak Perdana, but as I love to being professional in all areas, [...]