Sasaran Bahan Bacaan Harian

Karya MamaFiza pada June 30, 2010 

Alhamdulillah, hari yang penuh cabaran dan diakhiri dengan berita gembira ;)

Bonda tersayang, ayahanda teristimewa, nenda tercinta dan adik-adik yang dikasihi baru sahaja tiba dari tempat percutian, pagi semalam. Nanti saya kemaskini episod ole-olenya, Insya-Allah >O< Jutaan terima kasih famili ceria!

Bagi sesi terbitan kali ini, saya ingin menjawab pertanyaan berkenaan cara untuk mendisplinkan diri dalam menambah kualiti masa bacaan rutin walaupun sibuk dengan urusan seharian.

Jangan bimbang, caranya mudah sahaja :-D :

Jika jadual harian diikuti, Insya-Allah anda akan berasa hairan dengan limpahan lebihan masa yang ada. Jadi, bolehlah disalurkan untuk tujuan yang lebih bermanfaat.


Menu makan malam hari Ahad yang lalu:
Eliche Tricolore bersama sayuran timun Jepun, hirisan terung, brokoli, kerisik ikan bilis dan sos campuran cendawan serta keju herba.

Moga Tuhan sentiasa merahmati dan menyayangi para pembaca yang amat dihormati, Amin.

Semoga setiasa tabah dan cekal dalam menempuhi kehidupan seharian. Cergas dan gembira, ya!

Kotak Komentar

  1. Nurul berkata:

    Hello miss Fiza ;)

    Jujurnya, saya memang tergolong dlm golong yang belum habis membaca 1 buku, dah beli buku baru hehe :D

    Dan sebelum membeli 1 buku, memang saya akan mencari review-nya dulu. Takut tak menepati citarasa. I’m not a risk-taker, you see ;)

    Anyways, good tips, miss! Harap2 miss dpt recommend any good book :)

  2. mahani berkata:

    Assalamualaikum Fiza,
    Excited sgt baca blog fiza nih. Saya jg sdg homeschool anak2 umur 5 & 2thn.
    Byk info boleh dpt kat sini.
    Thanks 4 sharing.

  3. MamaFiza berkata:

    Assalamualaikum wbt buat rakan baru Cik Mahani :-D

    Salam perkenalan dari saya dan famili *peluk!*

    Subhanallah, ribuan terima kasih diatas sokongan yang diberikan. Moga Tuhan sentiasa melindungi dan memberkati usaha murni Cik Mahani dan keluarga. Amin~ Saya sangat gembira dan teruja mendapat teman baru seperti Cik. Terima kasih ^_-

    Alhamdulillah, disebabkan pembelajaran asas telah didahulukan seawal umur sehari selepas kelahiran, jadual tahunan buat permata hati sejak tahun 2006 telah menjadi subjek pertengahan dan pilihan utama lebih kepada fokus minat yang ditunjukkan oleh si manja.

    Selamat maju jaya buat Cik Mahani dan keluarga tercinta, kami doakan yang terindah dan terbaik buat Cik >_< Teruskan pengembaraan pelajaran yang menyeronokkan. Gambatte ne!

  4. MamaFiza berkata:

    Salam rindu buat teman jelita Cik Nurul :-D

    Jutaan terima kasih kerana sudi melawat blog peribadi ini dan memberikan komentar ikhlas. Saya amat menghargai persahabatan Cik *peluk!*.

    Gembira sekali pabila mendapat tahu Cik Nurul juga tidak suka isu pembaziran dalam menerapkan cinta pada rutin pembacaan. Syabas dan tahniah dari saya!

    Dengan tangan yang terbuka, saya dengan senang hati ingin berkongsi buku-buku yang menarik untuk dibaca. Mohon Cik Nurul dapat beritahu saya genre apakah yang digemari oleh Cik agar dapat saya berikan sekelumit cadangan peribadi. Insya-Allah ;)

    Semoga Tuhan sentiasa merahmati dan memberkati hidupmu, Cik Nurul. Amin~

  5. [...] gelungan getah dan rantaian, saya juga mempunyai lampu bacaan mini yang membolehkan saya meneruskan rutin bacaan harian saya di mana sahaja tanpa sebarang [...]

  6. Nurul berkata:

    Salam miss Fiza :)

    Hm….kalau boleh, buku yang inspiring, yang boleh motivate kita dalam hidup. Fiksyen atau bukan :)

    Harap2 ini tak menyusahkan miss Fiza. Live well :)

  7. MamaFiza berkata:

    Assalamualaikum wbt buat gadis comel molek yang dimuliakan Cik Nurul ;)

    Salam Ramadhan dan semoga sentiasa girang dalam menjalani ibadah puasa. Amin~

    Jutaan terima kasih kerana sudi memberikan maklumbalas terkini. Tiada apa yang dapat menyaingi kehebatan Al-Furqan dan terjemahannya ^_^

    Berikut adalah antara buku koleksi peribadi kesayangan saya yang telah memberi impak terbesar dalam hidup saya sekeluarga *Alhamdulillah*:

    1) Totto-chan , The Little Girl at the Window , karya: Cik Tetsuko Kuroyanagi
    2) The Road Ahead , karya: Tuan Bill Gates
    3) Banker to the Poor , karya: Tuan Muhammad Yunus
    4) Creating a World Without Poverty , karya: Tuan Muhammad Yunus
    5) Leaving Microsoft to Change the World , karya: Tuan John Wood
    6) Secrets of Internet Millionaires Revealed , karya: Tuan Dr Irfan Khairi (mentor perniagaan internet saya yang terulung! >w< )
    7) The Millionaire Mind , karya: Tuan Thomas J. Stanley

    Namun begitu, terlalu banyak lagi karya agung tidak saya senaraikan disebabkan kesuntukan masa untuk menaip pada hari ini. Jika Cik Nurul ingin genre berbeza sila maklumkan saya ya :-D

    Selamat menerokai dunia tanpa sempadan dalam keseronokkan membaca. Teruskan kecintaanmu terhadap ilmu! *peluk!*

  8. [...] me to share with you regarding how to get affordable (cheap) books for your baby, toddler and kids (plus you too! ^_____^). I just love holding a new book (yummy!), carrying it with me almost everywhere and [...]

Apa Pendapat Anda?