Alhamdulillah, semua tugasan dan urusan telah dipermudahkan oleh-Nya :-D

Benar, minggu ini merupakan saat yang penuh bermakna dan debaran buat kami sekeluarga disebabkan jadual yang amat ketat setelah selesai menganjurkan acara ketiga bagi seminar WAHM Workshop.

Selain itu, saya masih berkesempatan untuk meluangkan sedikit masa bagi tujuan sesi temuramah media yang telah diuruskan oleh Cik Chandra Devi yang peramah serta bervisi nasional dari NST. Terima kasih Cik Devi bersama jurufoto yang rupawan di atas jasa baik terhadap saya dan seisi keluarga.

Jutaan terima kasih pada suami tercinta dan anak-anak manja
yang telah mengikuti sesi fotografi terkini untuk tujuan berikut.

Dengan rasa rendah diri, saya memohon maaf kerana belum mampu membalas komentar peribadi dan email yang diberikan oleh para pembaca yang dikasihi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat sokongan dan doamu, sahabat! *peluk* Insya-Allah, saya akan cuba yang terbaik untuk inputnya di masa hadapan.


p/s: kraf origami – rumah comel anak saya >w< Heeeee . . . !

Sungguhpun masa harian begitu terhad, namun jadual riang ria untuk bersama anakanda teristimewa tidak akan diketepikan, Insya-Allah.

Oleh sebab niat murni ini, telah mendapat berita gembira kedua daripada Cik Siti yang anggun dari akhbar Harian Metro. Ribuan terima kasih Cik di atas kepercayaan yang diberikan, saya amat terharu dan teruja! Tunggu ya :-D

Fettuccine Bologne, masakan makan malam untuk famili ^O^

Semoga yang terbaik dan terindah buat anda, pembaca setia yang saya hormati.Amin.

Sehingga bertemu lagi di nukilan terbaru, Insya-Allah ;)

p/s: buat teman pembaca yang ingin mengikuti acara Homeschool “Chatter” Moment pada 31hb Julai 2010, bertempat di hotel 4 bintang: Boulevard Mid Valley, KL, sila layari laman ini untuk maklumat lanjut. Tempat adalah terhad. Kod harga promosi: HCM2010. Terima kasih ^__^

Ini merupakan acara tahunan yang menerapkan isu kepentingan pendidikan awal kanak-kanak, prisip keibubapaan positif serta perkongsian cara, teknik dan kaedah terkini pembelajaran awal yang dapat menggalakkan pembangunan ilmiah yang kritis buat sanubari permata hati.


Salam sayang,