Lampu Bacaan Mini

Karya MamaFiza pada August 4, 2010 

Entri ini khas untuk teman rupawan saya: Cik Zaidathul Akma yang baru sahaja mengikuti acara Homeschool “Chatter” Moment II (Upgraded), pada hari Sabtu yang lalu.

Ingin tahu bagaimanakah cara saya melanjutkan ikhtiar membaca walaupun jadual mingguan yang sibuk?

Ya, selain memiliki pelbagai himpunan penanda buku yang diperbuat daripada magnet, kertas kadbod, gelungan getah dan rantaian, saya juga mempunyai lampu bacaan mini yang membolehkan saya meneruskan rutin bacaan harian saya di mana sahaja tanpa sebarang penangguhan *Alhamdulillah*.

Terdapat 2 jenis lampu mini >_<

Pakej tambahan untuk waktu kecemasan dan kritikal.
Sangat penting untuk saya!

Saya memilih untuk menggunakan lampu mini ini disebabkan cahayanya tidak mengganggu anak kecil manja yang saya susui setiap kali waktu penyusuan dan pembacaan. Mudah, bukan? ;)

Jangan gusar, para pembaca yang budiman boleh mendapatkannya di gedung buku komersial seperti Kinokuniya, MPH, Popular, Gramedia dan Borders.

Selamat meneruskan perjuangan membaca! ^O^

p/s: buat teman pembaca yang ingin mengikuti acara Homeschool “Chatter” Moment Pledge pada 2hb Oktober 2010 dan ulangan HCM II (Upgraded) pada 26hb Disember 2010, sila layari laman ini untuk maklumat lanjut. Tempat adalah terhad. Kod harga promosi: HCM2010. Terima kasih ^__^

Kotak Komentar

  1. Taufiq says:

    Assalamualaikum Puan Fiza.

    Saya mahu bertanya, di manakah saya boleh mendapatkan lampu bacaan ini? Saya sudah pun mencarinya di Kinokuniya dan juga Kedai Buku POPULAR tetapi tidak berjaya mendapatkannya. Boleh saya tahu di cawangan mana puan membelinya?

    Sekian, terima kasih dan wassalam.

Apa Pendapat Anda?