Ramadhan Bulan Terulung

Karya MamaFiza pada August 15, 2010 

Salam Ramadhan buat semua jelitawan yang amat dikasihi lagi disegani :-D

Semoga sentiasa sihat sejahtera, dirahmati dan dipermudahkan dalam menjalani ibadah di bulan penuh keberkatan; Ramadhan Al-Mubarak.

Alhamdulillah, bulan Ramadhan merupakan bulan istimewa yang paling dinantikan oleh anak-anak cilik kami bagi sepanjang tahun. Faktor umur dan kesihatan bukan penghalang untuk mereka menerokai bulan mulia ini.

Solat terawih berjemaah, sesi pembacaan tambahan (bertadarus) dan terjemahan juzuk Al-Quraan serta malam berisi kisah penceritaan pengembaraan Nabi, Rasul, Khalifah serta para sahabat, kerjasama si comel dalam menghasilkan menu sihat untuk berbuka dan sahur antara penghias aktiviti Ramadhan keluarga kami, Alhamdulillah. Moga dapat diteruskan hingga ke akhirnya. Amin~

Jutaan terima kasih kerana setia menantikan kemaskini terbaru di laman web ini walaupun penulisnya telah tenggelam dalam kesibukan jadual sekolah di rumah dan tugasan luar yang perlu dibereskan sebelum menjelangnya Syawal >_<

Permandangan sayup kotaraya metropolitan (dari pandangan bingkai jendela bilik hotel),
tugasan luar ke-3 bagi bulan Ogos 2010 ini.

Anak-anak aktif telahpun nyenyak tidur dibuai mimpi indah ;) *Subhanallah*

Teruskan usaha sucimu wahai bonda tersayang. Kuatkan semagat wirawatimu.

Sehingga bertemu kembali, Insya-Allah >O< *pelukan rindu!*

Kotak Komentar

  1. [...] tugasan luar bagi tahun 2010 buat suami tersayang dan saya, benar-benar mencabar jadual waktu tetap sekolah di [...]

Apa Pendapat Anda?