
Cara Mengetahui Ketulenan Kasut adidas
Karya MamaFiza pada August 16, 2010
Kemaskini: 4hb Disember 2010 – Baru sahaja mendapat maklumbalas daripada pembaca istimewa blog LittleKittle.com , Cik Suzie daripada Rawang, Selangor *terima kasih teman comel ^O^*, berkenan entri ini telah diplagiat oleh Encik SengsarA_DeritA. Harap dapat menjadi iktibar buat kita bersama agar tidak lokek untuk bertanya atau berterima kasih. Hidup biar punyai etika & bermoral. Jutaan terima kasih pada Cik Lin ^_- *peluk!!!*
Nota: Ya, ditaip sebagai adidas (tanda perdagangan rasmi) dan bukannya Adidas
![]()
Di pagi yang mulia dan tenang ini, saya ingin berkongsi sedikit info berkenaan cara mengenal pasti keaslian produk kasut sukan adidas sebelum membuat keputusan rasmi bagi membelinya untuk tujuan beriadah mahupun sebagai sepatu harian menjalani aktiviti yang lasak.
Namun, ingin diingatkan bahawa, walau apa jua kasut sukan yang ingin dipakai, jenama ternama bukanlah faktor utama untuk menyebabkan anda memilih kasut terbabit.
Tetapi perlu dititik beratkan perihal kepentingan keselesaan, ciri keselamatan (contoh: cengkaman tapak kasut) dan kegunaannya (contoh: bermain bola sepak, berlari, mendaki).
Berbeza dengan suami tersayang yang memiliki koleksi kasut adidas bermula daripada usia kecil disebabkan kegiatan ekstrimnya dalam acara tarian hiphop, capoeira, parkour, sukan dakian berbasikal, bola keranjang, bola lisut dan bola sepak, saya merupakan pengguna setia kasut jenama “Power” sejak di alam persekolahan kerana harganya yang amat berpatutan dan tahan lasak
Tahun ini saya tidak dapat lagi mengelat dengan memberikan rentetan alasan tahunan yang sama kepada suami untuk tidak menukar kasut sukan milik saya (Heeee, sungguh degil! Saya berat hati dan enggan menggantikan kasut antik saya).
Pada awal bulan Julai yang lalu, saya dan anak-anak manja telah mendapat hadiah kasut adidas untuk tujuan kegiatan luar daripada beliau.*Alhamdulillah* terima kasih sayangku~
adidas Derby K >O<

Telah merasmikannya pada sesi seminar HCM II (Upgraded) yang lalu ^-^
Jutaan terima kasih buat kekasih hati yang sudi membeli dan membantu menukarkan tali kasut yang baru, seminggu sebelum acara bermula.*T-T terharu!*
Oleh kerana itu, mari kita selidiki bahagian yang perlu diteliti pada kasut adidas sebelum membayar di kaunter pembayaran:
- Pastikan tiada lebihan atau cebisan berbentuk segitiga kecil ataupun bentuk lain di kawasan label tumit bahagian berjenama “adidas” (di bahagian belakang, bukan di tapak kasut). Potongan label ini perlu licin dan kemas tanpa kualiti benang jahitan yang tertetas.
- Pada ruangan “lidah kasut”, terdapat nombor siri. Jadi sepasang kasut adidas perlu ada 2 nombor siri yang berbeza untuk bahagian kaki kiri dan kaki kanan (bukan nombor sama atau berpadanan).
- Jahitan pada kasut adidas yang tulen lebih teliti dan tiada lebihan uraian benang ataupun “gam @ pelekat”.
- Semak kod bar di ruangan “lidah kasut” yang mempunyai imej piksel atau DataMatrix 2D. Jika mempunyai kod bar versi jalur, ia tidak asli. (Pesanan ikhlas daripada Tuan Firdaus Abd Rahman, adik lelaki saya ^-^)
Jika para pembaca yang dihormati mempunyai tambahan maklumat mengenai perkara ini, mohon agar dapat dikongsi bersama ya? >w<
Terima kasih kerana sudi membaca serba-sedikit tips ini, selamat bersukan dengan cergas dan riang. Ayuh!
Kotak Komentar
Apa Pendapat Anda?




MamaFiza, Wanita Hari Ini, TV3
Si Cilik LittleKittle.com, MHI, TV3
MamaFiza, Warta Tengahari, TV1
MamaFiza, Respons, TV1
LittleKittleTV, YouTube









[...] You may also click here to read on how to spot fake adidas shoes. [...]
saya tiada apa nak tambah cuma nak ucap terima kasih sebab baru hari ni saya tahu cara nak periksa ketulenan kasut adidas.
thank you for sharing this.
Assalamualaikum wbt buat Tuan MasaDahTime
Jutaan terima kasih kerana sudi singgah ke laman peribadi saya. Kami sekeluarga doakan agar Tuhan sentiasa memberkati dan merahmati jasa murni Tuan yang ikhlas untuk menitipkan ucapan terima kasih buat tips saya yang tidak seberapanya ini. Moga kita dapat menambah ilmu bersama. Amin~ >O<
Selamat membeli kasut sukan, Tuan!
sy mmg ska sgt dgn brand adidas.ada 1 kasut (johari 2 wrn putih)smp skrg cri tpi xdpt.ktner r leh cri ek.dh jmp tpi saiz(8) plak xd.
ooooooowwww. . ini macam la pulaaa. . . ok .. krang ni da tau. . sekarang ni nk tnyer pulak,kasut ADIDAS kebanyakan kat Petaling street,ORIginal atau tak?? nk tau sgt². . heheheeeee
owryte..lin sebenarnya tak tahu pun entri berkenaan ni adalah dari blog mamafiza..coz entri ni pun lin dapat dari blog sejutaragamdunia.blogspot.com..lin totally tak tawu becoz kalau nk ikutkan tajuk mamafiza spesifik pd kasut adidas..manakala pada entri sejutaragamdunia ni tidak spesifik pada kasut tertentu..and lin cuma buka blog dia..lin dah credit to mamafiza pd entri lin n sorry for da miscommunication..
Assalamualaikum wbt,
Buat Cik Lin yang dihormati dan dimuliakan >_< *
Moga sihat sejahtera dan berada di dalam keadaaan tenang & gembira serta diberkati-Nya. Amin~
Pertama sekali, saya mohon maaf kerana lewat membalas mesej Cik Lin. Kami sekeluarga sedang bertugas di luar kawasan. Saya berasa amat terharu dan berdoa agar Tuhan mempermudahkan segala urusan Cik Lin.
Subhanallah, perihal entri tersebut. Tidak mengapalah, saya tidak marah apapun, terima kasih atas link kembali
Cuma pembaca setia yang marah disebabkan sebelum ini kedua-dua blog keluarga saya telah banyak diplagiat oleh blogger lain, jadi mereka setia hantar email pd saya.
Sehingga bertemu lagi Cik Lin, jaga dirimu baik-baik ya. Salam persahabatan *peluk!!!*
erm..k gak nasihat di atas,thanks.. -.<