
Masakan 5 dan 6 Bintang :D
Post by MamaFiza on December 29, 2010
Lokasi: Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur 2010, PWTC, Kuala Lumpur (booth PTS).
Waktu: Dalam lingkungan jam 6 petang.
Bagaimanakah rasanya jika komentar yang diminta oleh Tuan Pengacara berkenaan hasil masakan pertama Tim Si Cilik LittleKittle, kepada pengunjung yang hadir serta anak-anak kecil yang tidak jemu-jemu memandangmu bagai menantikan sesuatu yang ajaib muncul di kedua belah tapak tanganmu, dan setelah menjamu hidangan itu mereka semua dengan serentak berkata,
5 bintang! Saya beri 6 bintang!
Di saat itu, seakan terhenti degup jantungmu, hela deru nafasmu, benakmu benar-benar dipenuhi bintang-bintang!!!
Aduhai, terpana panahan busar daripada ucap kata-kata mereka.
Apakah yang perlu dilakukan? Adakah dayamu untuk mengaut semua kasih sayang itu? Bagaimanakah caranya mahu kau tatang kepercayaan itu?
Hanya Tuhan. Hanya TUHAN, yang mengetahuinya. Betapa kau sayangi mereka semua . . . Jika, mereka benar-benar mengetahuinya.
Masakan itu, lahir daripada kasih sayang kami, buat kalian, yang baru sahaja diberi peluang oleh Ilahi, untuk kami mengenalimu, di saat itu.
Mari kita berjanji, ikrar setia, akan terus menyebarkan kasih suci ini. Untuk dirimu, ikhlas daripada insan kerdil sepertiku. *tangisan kesyukuran*
Terima kasih teman!!!

Temui Tim Si Cilik di Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur 2010
Post by MamaFiza on December 25, 2010

*jemput singgah bertandang, terima kasih~*





MamaFiza, Wanita Hari Ini, TV3
Si Cilik LittleKittle.com, MHI, TV3
MamaFiza, Warta Tengahari, TV1
MamaFiza, Respons, TV1
LittleKittleTV, YouTube








