Temui Tim Si Cilik di Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur 2010

Karya MamaFiza pada December 25, 2010 

Laman baru LittleKittle.com ^____^
*jemput singgah bertandang, terima kasih~*

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi disebabkan urusan keluarga dan tugasan kerja, akhirnya buat pertama kalinya Tim Si Cilik LittleKittle.com akan menemui para pembaca di Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur 2010 di PWTC pada hari ini: 25hb Disember 2010 :-D

Mari bersama saksikan demo masakan bersama si cilik di Dewan Tun Razak 3, di booth PTS (A49-A53) & (A69-A72), bermula daripada jam 5 petang hingga ke jam 6 petang.

Acara berikutnyan (majlis bertemu penulis dan sesi temuramah) bermula pada pukul 6 petang hingga ke pukul 7 malam.

10 hadiah percuma disediakan oleh pihak PTS yang dermawan bagi aktiviti menarik yang akan diadakan sewaktu demo masakan ini.

Banner PTS@Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur 2010

Moga kita dapat bertemu dan bersua muka, rakan dan taulan yang budiman ;) *sangat teruja!*

Berhati-hati di dalam perjalanan, semoga Tuhan sentiasa memberkati dan merahmatimu teman comel >w< *peluk-peluk*

Kotak Komentar

  1. [...] gazillion thanks for your superb friendship and sincere support, we really deeply thank you!!! Thank Y-O-U so much [...]

Apa Pendapat Anda?