Misi Diari Masakan

Post by MamaFiza on May 25, 2010 

Assalamualaikum wbt dan salam mesra buat semua pembaca yang amat dihormati ;)

Moga sentiasa dilindungi dan dirahmati-Nya. Amin.

Misi saya untuk hasil garapan penulisan hari ini ialah mengenai Diari Masakan >_<

Jika anda merupakan pembaca setia di laman web sekolah di rumah, pasti anda telah membaca beberapa artikel berkenaan menu sihat di dalam kategori “My Healthy Kitchen“.

Bahan masakan yang telah saya sediakan dan diperapĀ  ^-^

Tips: Saya gunakan plastik pembungkus makanan untuk memerap bahan mentah agar lebih banyak ruang didalam peti sejuk dapat digunakan bagi tujuan storan makanan.

Ramai pembaca yang komited telah meminta resipi dan tips melalui email peribadi, sms serta di kotak komentar. Jutaan terima kasih saya ucapkan diatas jasa baik anda :D Syukur Alhamdulillah, saya memiliki pembaca yang prihatin dan tidak pernah gentar untuk mencuba sesuatu yang baru demi menambah baik menu harian sihat untuk keluarga. Percayalah, anda adalah insan terbaik yang pernah saya kenali ^_-

Jadi, mari kita mulakan projek ini bersama-sama, ya!

Permulaan Kisah (Rentetan Sejarah):

Sejak dari kecil, saya gemar memerhati dan membantu nenda tersayang dan bonda tercinta bersama arwah moyang yang dikasihi untuk memasak. Setiap kali memasak, perasaan teruja tidak dapat dibendung kerana saya percaya masakan dari air tangan ibu yang ikhlas pasti akan sentiasa diingati dan dirindui oleh keluarganya. Ketiga-tiga wira masakan yang dinamakan diatas amat gigih dan tidak jemu-jemu bagi mendidik saya serta menanamkan sikap berani untuk eksplorasi resipi baru dalam diri saya.

Namun begitu, saya hanya serius untuk mendalami dunia masakan setelah saya diajar memasak oleh suami sendiri diwaktu awal perkahwinan selama 1 tahun (kejutan khas buat anda! ^-^). Ibu mertua yang baik hati telah mengajar saya cara memasak masakan sayur-sayuran dengan kaedah yang betul agar digemari oleh anak-anak.

Ya, rahsia sebenarnya ialah saya merupakan individu yang tidak menyukai sayur-sayuran hijau (selain kacang panjang dan timun, heee . . . Hanya dengan terlihat sayur bayam sahaja boleh menyebabkan saya hampir pengsan jika disuruh memakannya), tetapi setelah mengetahui rahsia mudah tersebut saya adalah insan pertama akan menghabiskan masakan sayuran segar. Disebabkan oleh itu, saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana anak-anak saya amat gemar dan ketagih hidangan yang berunsurkan sayuran.

Sasaran Cabaran Kempen Diari Masakan 2010:

Pada awal tahun ini, saya telah mencuba beberapa resipi dari buku terbaru mentor masakan kesukaan saya iaitu Tuan Jamie Oliver, Jamie’s Food Revolution: Rediscover How to Cook Simple, Delicious, Affordable Meals ; buku berkulit tebal, 360 helai muka surat, ISBN: 1401323596.

Namun, ikrar baru saya bermula 1hb Jun 2010, saya ingin menyiapkan santapan mengikut judul resipi beliau sebanyak 3 hidangan berlainan setiap minggu dan akan siarkan hasil masakan serta sekelumit reviu berkenaan resipi yang telah saya cuba.

Ya, saya akan cuba yang terbaik untuk menghabiskan keseluruhan resipi tersebut bagi menjamu selera keluarga supaya dapat mempelbagaikan rasa serta memperkenalkan jenis masakan berlainan dan diterbitkan di dalam blog ini agar dapat berkongsi tips bersama pembaca. Nantikannya dengan penuh debaran ;)

Jadi, jika anda ingin turut serta dalam kempen diari masakan bersama saya:

Tajuk Resipi: Daging Kambing Herba Berempah

Tadaaa ~ Inilah hasil saya yang pertama untuk misi minggu ini >O<

Rumusan:

Saya hidangkan bersama fettuccine dan krim keju segar agar rasa daging kambing herba berempah lebih dinikmati. Tidak pedas atau berminyak dan disukai oleh anak-anak.

Cadangan Masakan: Boleh gunakan rempah cili, perapan jalapeno atau sos Tabasco dan digril secara berasingan untuk santapan suami.

Ayuh, kita bermula :-D Selamat maju jaya ~

← Previous Page