
Rahsia Masakan Lazat
Post by MamaFiza on May 6, 2011
Tiada apa yang lebih utama dalam penyediaan makanan untuk keluarga selain daripada iringan doa suci dan niat tulus ikhlas disertai dengan elemen kasih sayang setiap kali memulakan langkah ke ruang dapur.
Kebersihan bahan masakan, peralatan dan ruang memasak perlu diberi perhatian khusus agar tidak ada tragedi keracunan makanan berlaku pada ahli keluarga. Insya-Allah
Antara tip masakan yang ingin dikongsi bersama pada hari ini adalah: bahan perasa masakan (selain garam, gula dan stok ikan/daging/daging kambing/ayam), iaitu rempah ratus dan herba.
Bagi mendapatkan serbuk rempah ratus atau rempah asli, kini bukan lagi menjadi misi mustahil kerana dengan kos yang rendah kita mudah memperolehinya di gedung pasaraya berdekatan (Carrerfour, Cold Storage, Jusco dan Giant).

Penambat hati keluarga dan pengerat kasih sayang? *heeee*
(Paling penting: berkhasiat!)
Namun begitu sila berwaspada dan semak label barangan agar tiada bahan MSG tambahan di dalam bungkusan rempah ratus atau herba yang dibeli ^_^
Bahan masakan yang diperap atau dimasak dengan menggunakan rempah ratus yang pelbagai serta campuran herba, pastinya akan menjadi lebih enak dan lazat.

Antara sebahagian himpunan rempah ratus dan herba di dapur saya ^-^ *Alhamdulillah*
Jangan lupa untuk berdoa dan menjamu hidangan bersama seisi keluarga setiap hari.
Bersyukur atas nikmat-Nya itu adalah perkara yang perlu didahulukan!
Tidak percaya? Cubalah hari ini >_<

Petua Masakan Sayuran Penambat Hati Keluarga
Post by MamaFiza on June 9, 2010
Pernahkah para pembaca yang dikasihi menghadapi kesukaran dalam mendidik anak kecil agar gemar makan sayuran terutama sayuran berwarna hijau?
Apakah reaksi si comel anda apabila disuapkan hidangan ini?
Adakah anak anda akan menjerit keriangan *ini adalah tindakbalas anak saya apabila terlihat brokoli ^_-*, atau anak anda akan bersembunyi, bermasam muka ataupun menangis setelah dipaksa makan?
Ya, pelbagai ragam si manja yang saya terima berdasarkan maklum balas yang diberikan melalui email
Jangan gusar, pasti ada tekniknya untuk mengatasi masalah ini. Insya-Allah.
Salah satu hidangan sarapan pagi kami ^-^
Alhamdulillah, kesemua anak-anak saya amat menggemari sayur-sayuran. Ini adalah disebabkan faktor pengalaman mereka yang pernah hidup di waktu kesusahan suatu ketika dahulu.
p/s: *Cik Puan nelcyndana merupakan insan yang membuatkan saya terharu kerana beliau masih kekal ingat tentang artikel ini di blog sekolah di rumah. Terima kasih Cik yang jelita!* >_<
Sehingga ke hari ini, akan bergenang air mata saya acapkali setelah selesai membaca doa makan dan setiap kali menghidangkan makanan, anak-anak tersayang pasti mengambil inisiatif untuk mengingatkan sesama sendiri betapa bersyukurnya mereka kehadrat Illahi dengan masakan yang telah disediakan oleh saya dan dibelikan oleh ayahandanya. Sering mereka bercerita untuk mengimbau kembali saat dugaan tersebut. Alhamdulillah ^__^
Sedikit petua peribadi yang saya ingin kongsikan bersama pada hari ini ialah:
- Berdoa memohon dipermudahkan urusan oleh-Nya pada setiap kali ke dapur sebelum memasak hidangan untuk keluarga.
Amalkan zikrullah serta selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W ketika mengupas, membasuh, memotong dan memasak sayuran atau hidangan lain. Niat memasak untuk yang terbaik dan berkhasiat buat keluarga tercinta. Insya-Allah, pasti akan diberkati-Nya.
- Mulakan untuk memperkenalkan anak kecil kepada kepentingan memakan sayur-sayuran dengan memberi contoh terbaik untuk mereka. Usia yang lebih awal, lebih berkesan.
Contohnya: anak-anak saya diberi makan 3 sayuran asas sebagai sarapan sebagai rutin harian iaitu sayuran rebus atau stim – brokoli, lobak merah dan kentang, iaitu sejak mereka mula belajar memegang objek dengan tangan kecil.
Sayuran direbus atau di stim menggunakan air rebusan daging kambing/daging ayam/ikan atau ikan bilis.
Saya pelbagaikan rasanya dengan menambah sos pencicah untuk mereka pilih: sos buah-buahan yang berasingan dan sos khas (sup krim cendawan, sos perang, sos putih, sos keju, sos tomato segar).
- Gunakan kaedah “stir-fry” atau menggoreng ketika memasak sayur campur (untuk anak yang berusia 30 bulan ke atas).
Pastikan sayuran dipotong kepada saiz yang kecil atau sederhana *untuk mengelakkan anak daripada tercekik*, dimasak dengan betul dan empuk.
Jika tidak masak dengan sempurna, sayuran yang dimasak akan terbit bau yang kurang menyenangkan atau jika terlebih masak pula sayuran menjadi layu dan tidak segar. Jadi, mohon diberi perhatian lebih pada kuali anda sewaktu memasak hidangan ini yang perlu digaul secara berterusan.
- Bahan rahsia yang dicampurkan untuk melazatkan hidangan sayur campur goreng ialah: 1 sudu besar tepung jagung yang dilarutkan ke dalam 1/3 cawan air masak bersama kuantiti garam bukit masakan yang paling minimum/sesedap rasa.
- Jika tidak menggunakan bahan rahsia diatas, sila gunakan sos perang/sos putih atau 1/3 cawan air rebusan daging kambing/daging ayam/ikan/ikan bilis.
- Saya suka menambahkan sedikit serbuk bawang putih ke dalam masakan sayuran kerana baunya yang harum.
- Saya juga hanya gunakan hirisan bawang Holland untuk memasak hidangan ini kerana rasanya yang manis dan senang dimakan oleh anak-anak *bukan hanya sebagai hiasan, manfaatkan nutrisinya & elakkan pembaziran
*
Selamat mencuba dan saya doakan yang terindah buat para pembaca yang baik hati ^-^ *peluk!*
Moga berjaya, ayuh mulakan langkah sihat ini!

Pengganti Si Putih
Post by MamaFiza on June 8, 2010
Pasti tiada siapa yang tidak kenal si “putih” ini
Ya, mayonis!
p/s: oh, entri ini bukan mengenai haiwan peliharaan yang digelar “Si Putih” ^-^
Keluarga saya merupakan peminat setia mayonis dan krim keju ^O^
Tahukah pembaca blog yang dikasihi sekalian serba sedikit mengenai bahan tambahan sebagai penyedap rasa ini?
Mayonis ialah sos pekat dan berkrim yang diperbuat daripada minyak, kuning telur, jus lemon atau cuka serta campuran bahan perisa. Juga digunakan sebagai bahan asas kepada sos lain, seperti sos tartar dan sos salad.
Jika suami tercinta atau anak kesayangan anda tidak meminati mayonis *dan sedang belajar untuk menikmatinya* , jangan bimbang. Mudah sahaja, anda boleh menggunakan krim keju bagi menggantikan si putih ini.
Krim keju juga boleh disapu pada roti sandwich atau biskut, asparagus dan sebagai pencicah makanan yang lain. Teksturnya lebih pekat, lembut bagaikan mentega, berwarna putih dan enak.
Burger dan keju krim!
Selamat mencuba






MamaFiza, Wanita Hari Ini, TV3
Si Cilik LittleKittle.com, MHI, TV3
MamaFiza, Warta Tengahari, TV1
MamaFiza, Respons, TV1
LittleKittleTV, YouTube








