
Senyuman Yang Takkan Hilang
Post by MamaFiza on September 14, 2011
Salam sejahtera dan salam ceria buat teman-teman berbudi luhur yang saya sanjungi
Moga sinar Aidilfitri memberikan nafas baru buat kita semua setelah bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak dimanfaatkan dengan sebaiknya, Insya-Allah. Amin ^____^
Ya Tuhan, sudah hampir 4 bulan lamanya saya tidak dapat mengemaskini laman blog ini -_- (*maafkan saya!*).
Jadual harian saya amat padat dengan urusan tugasan luar dan rutin persekolahan di rumah buat anakanda saya bagi tahun 2011 ini, sehingga tidak menang tangan untuk menyelesaikannya >w<.
Alhamdulillah, terlalu banyak perkara dan berita baik (berganda-ganda) yang telah dikurniakan Ilahi buat keluarga saya pada tahun ini *tangisan kesyukuran*
Jutaan terima kasih atas doa suci dan kasih sayangmu, teman-teman yang baik hati. Moga Tuhan sentiasa membalas yang terbaik buat kalian yang saya kasihi, Amin~
Kelibat bulan purnama yang sungguh cantik telah berjaya mencuri perhatian saya sewaktu di dalam salah satu sesi perjalanan kelana kerja.
Allahu Akbar, indahnya ciptaan Yang Maha Esa!!!
Saya juga mohon ribuan maaf kerana tidak dapat membalas email yang diutuskan oleh teman-teman jelitawan secara peribadi disebabkan perihal diatas. Namun, ingatan dan jasa baik kalian tidak akan saya lupakan. Doa saya pasti buatmu, Amin ^O^
Cetakan kedua buku Hidangan Si Cilik akan terbit di pasaran dengan segera (sebelum November tahun ini, Insya-Allah). Jika terdapat sebarang kemusykilan, mohon bertanya pada Tuan Amir Hamzah di email littlekittlestore@gmail.com . Terima kasih ^-^

Di dalam kesibukkan mencari rezeki dan menyediakan menu sihat harian untuk famili, saya juga sempat “bertukang” selama 1-2 jam sehari bagi menyiapkan bilik belajar si manja sebelum bulan Ramadhan menjelma. Alhamdulillah ^_-
p/s: sudah 3 tahun bilik ini tidak di cat semula.
Insya-Allah, kita bertemu lagi di masa hadapan.
Mohon jaga kesihatanmu dengan baik, teman-teman *pelukan rindu*!
Teruskan usahamu dengan senyuman

Uniform Sakit!
Post by MamaFiza on May 3, 2011
Nukilan ini tiada kaitan dengan berita dukacita, harap maklum *Alhamdulillah ^-^*.
Tarik nafas panjang. . . *lega*
Penuh syukur kehadrat Ilahi, saya berasa sangat terharu kerana telah dianugerahi dengan ahli keluarga yang amat penyayang dan pengasih.
Oleh sebab itu, setiap saat saya ingin cuba yang terbaik bagi melakukan perkara yang menggembirakan buat seisi famili sebagai tanda terima kasih saya buat mereka.
Sang Raja telah menghadiahkan “uniform sakit” ini pada saya sejak 2 tahun yang lalu. Menurut beliau, baju ini hanya perlu dikeluarkan dari almari pakaian dan digunakan apabila saya jatuh sakit.
Sekiranya sekembalinya saya daripada bilik air, saya terus memakai baju ini, dengan automatik anak-anak tersayang akan mengetahui bahawa saya tidak sihat (tanpa perlu bercakap banyak, *pastinya diiringi dengan sakit tekak yang serius* heeeee) dan pantas mendapat bantuan kecemasan daripada mereka. Subhanallah, comel benar! ^O^
Nota: Bagai papan tanda bergerak “Bantuan Segera Diperlukan”
![]()

Baju ini sangat selesa dan sesuai dengan keperluan insan yang sedang sakit >w<
*ecececece*

Sila jangan terkejut dengan saiz baju ini.
(Ya, bersaiz 6XL! Besar, tebal dan labuh hingga ke paras lutut).

Semestinya sewaktu penggambaran ini saya tidak sakit *Alhamdulillah*, kerana boleh diperhatikan dengan jelas bahawa saya sedang memakai baju sebanyak 2 lapis.
Oh ya, kami bermain bersama cekak warna hitam yang berbentuk cermin mata pula! Ha.ha.ha.
Dahulu sanggup memakai cekak rambut di bahagian dahi, kini lebih melarat rupanya! (Pakai cekak di bahagian mata?) Dahsyat sungguh -_-)

Tentunya hari khas untuk bersuka ria bersama putera sulung saya, sebab itulah saya sanggup melayan karenahnya yang ingin menangkap gambar saya sebegini rupa.
p/s: semua gambar di atas adalah hasil karya anakanda KiruaMi-cHan yang berperibadi ceria.
Maafkan saya di atas keterlanjuran ini ^_____^
Anda pula, bagaimana? Adakah para pembaca yang dihormati juga memiliki uniform sakit di rumah?

Mengapa Perlu Bergegas Pulang?
Post by MamaFiza on May 2, 2011
Jika dahulu, saya dan dua orang anakanda yang dikasihi selalu ingin segera pulang ke rumah daripada destinsi tugasan untuk bertemu suami tersayang dan dua orang anakanda yang dirindui.
Begitu juga perihalnya dengan Sang Raja dan anakanda yang turut serta dalam urusan kerja luar beliau. Masing-masing tidak sabar untuk melepaskan rindu bersua dengan ahli keluarga yang berjauhan walaupun dalam tempoh singkat, Alhamdulillah
Namun kini, rindu kami bukan hanya terbit buat sesama pasangan dan anak-anak cilik. Kepulangan kami sering dinantikan dan disambut oleh anakanda ke-5, yakni: Kash!
Gigih dan sabar menunggu kehadiran kami di muka pintu.
Terima kasih, Kash~

Si kecil ini minat benar untuk tidur dan bermain di meja “stesen peribadi” saya.
Syukur pada anugerah Ilahi ini, Kash merupakan anak kucing yang amat setia.
- Dua bulan dahulu, setiap hari tanpa jemu, Kash akan bantu memberikan gigitan comel dan manja di bahagian betis dan di uraian rambut saya bagi mengejutkan saya untuk solat Subuh. (Ya, selalunya saya dan Sang Raja bergilir-gilir, saling mengingatkan untuk bangkit solat bersama. Kini, saya tidak perlukan khidmat jam loceng lagi *Alhamdulillah*^-^)
- Terkini (pada bulan ke-3 bersama kami), Kash hanya akan mencium mulut, hidung dan pipi saya (tiada lagi gigitan cinta, ha.ha.ha), untuk memberitahu sudah masuk waktu awal dinihari: panggilan solat Subuh. Saat pertama kali menghadapinya (minggu lalu), saya berasa amat hairan kerana lena saya yang dibuai mimpi dikejutkan dengan permukaan bibir saya menjadi basah secara tiba-tiba. Apabila saya membuka kelopak mata, rupanya anak kucing, Kash. Wah, ajaibnya! >w<

Sangat pandai bergambar untuk kaca mata lensa, amboi!
*Pantang saya tunjukkan kamera, pasti Kash akan segera beraksi. Heee. . .*
- Sejak hari pertama Kash bersama kami hingga ke saat ini, terlalu banyak jasanya pada famili saya. Kash rajin menangkap tikus, lipan, lipas, cicak, belalang, cengkerik, lebah dan pelbagai serangga lain (boleh buat koleksi hasil tangkapan pula, hoho!). Kash telah menjadi ahli rasmi skuad keselamatan rumah kami yang dinaungi oleh Sang Raja dan anakanda putera KiruaMi-cHan
Syabas!
- Sentiasa berada disisi saya, dalam keadaan berjaga-jaga setiap kali saya berada di sekitar rumah bagi menjalani tanggungjawab harian.Persis pengawal peribadi, aduhai comelnya~
- Setiap kali anakanda menerima sesi “tarbiah” daripada Sang Raja, Kash akan turut serta agar dapat membantu anakanda bagi meraih simpati Sang Raja yang sedang “berceramah”. (Pastinya merupakan kenangan terindah buat kami semua!)
- Ligat dan rajin menjalani latihan aktiviti “sekolah di rumah” khas (untuk kucing sahaja) yang diatur oleh Sang Raja & anakanda kami supaya Kash bukan hanya membesar sebagai anak kucing biasa, tetapi terlatih dan berwibawa (wah, wah, wah).
- Teman bermain yang sangat prihatin buat anakanda puteri: ReiHi-cHan, YunaFi-cHan dan HidE-cHan. Mereka bertiga sangat kasih pada Kash! Sahabat sejati KiruaMi-cHan.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!
Terima kasih Tuhan atas kurniaan-Mu yang amat bermakna dan berharga ini buat kami. *syukur dalam titisan air mata*

Air Tangan Isteri
Post by MamaFiza on February 23, 2011
Bismillahir-Rahmanir-Rahim >_<
Moga hidup teman-teman jelitawan saya sentiasa dinaungi keberkatan Arashy-Nya, Amin~
Doa suci yang tiada berpenghujung saya titipkan buatmu yang amat setia, jutaan terima kasih, rakan dan taulan. Peluk!
Di kesempatan ini saya ingin memohon bantuan murnimu bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan bayi puteri (pra-matang) yang mengkagumkan buat Cik Sue, sahabat yang tulus ikhlas. Sekalung terima kasih atas budi pekertimu dalam perihal ini. Indahnya kebesaran ciptaan-Nya, Subhanallah! >_<
Ribuan maaf disebabkan masa saya yang agak suntuk bagi minggu ini, beberapa soalan berkenaan resipi akan saya cuba balas pada minggu hadapan, Insya-Allah. Mohon jangan bimbang, pasti kita telusuri bersama
Sedikit nukilan pendek di hari ini berdasarkan soalan Cik Emma daripada Kluang, Johor, bertanyakan cara sewajarnya menyediakan masakan untuk suami tersayang disebalik kesibukan kerjaya.
Pertama sekali, terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menghantar pesanan FB buat saya berkenaan hal ini. Namun begitu, saya juga masih tidak putus asa dalam menimba ilmu tentang alam rumah tangga kerana saya percaya lebih banyak yang perlu saya perbaiki, Insya-Allah ^____^
Menu untuk suami yang baik hati: Chicken Chop, Telur Mata Kerbau, Coleslaw Cahaya.
Sungguhpun begitu, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman peribadi yang tidak seberapanya ini. Semoga kita dapat menambah pengetahuan bersama khas untuk kebahagiaan keluarga, Amin~
Saya dan suami tercinta tidak pernah mengimpikan hari persandingan “Raja Sehari“, oleh sebab itu saya gelarkan beliau “Sang Raja” kerana saya kekal percaya bahawa beliau adalah raja yang bertakhta dalam setiap saat hidup saya, sepanjang waktu, sepanjang hari, sepanjang hayat.
Alhamdulillah, disebabkan semangat inilah, saya cuba yang terbaik untuk melayan dan menghiburkan hati suami yang paling saya kasihi ini, setiap hari. Sejak hari pertama bersama, hidangan harian kami kongsi di dalam satu pinggan yang sama dan suapan cinta diberikan hingga ke saat ini (Alhamdulillah). Tanpa rasa jemu, tanpa perasaan culas.
Menu untuk suami yang baik hati: Char Kuey Tiaw bersama Udang dan Isi Kerang.
Menu untuk suami yang baik hati: Lasagna Keju + Daging Kambing.
Sehinggakan pernah di suatu ketika saya ditimpa ujian-Nya (sakit) yang menyebabkan saya benar-benar tidak boleh melakukan hal-hal seharian yang biasanya saya lakukan, cinta hati saya ini (Sang Raja) telah sudi menggalas tugas berat saya.
Namun bisikan jujurnya di malam hari di hujung telinga saya, setelah satu hari suntuk menyandang jawatan itu, beliau menuturkan bait katanya dengan badan yang longlai, “Sayang, benarlah. Tidak senang mahu menjadi MamaFiza“.
Kata-kata Sang Raja itu telah membuatkan saya semput dan senak di bahagian perut untuk ketawa (versi kurang sopan: terbahak-bahak) sambil menahan sakit yang saya tanggung dengan menekup mulut dalam selimut tebal. Bagi saya, gurauan spontan beliau telah membuatkan saya lebih jatuh cinta padanya. Syahdu! Alhamdulillah ^-^
Menu untuk suami yang baik hati: Sup Peha Ayam bersama rebusan herba.
Menu untuk suami yang baik hati: Telur Lada Hitam, Sayuran Goreng, Sambal Pedal *pedas*, Sos Ikan Mackerel.
Buat bonda yang saya kagumi sekalian, mohon janganlah pujian sebegitu diberikan kepada saya yang kerdil ini. Justeru kerana saya sangat yakin bahawa andalah bonda terhebat itu! Andalah bonda yang terbaik itu! Andalah bonda yang ISTIMEWA itu
Sedahsyat mana hari-harimu, letakkanlah kepentingan diri suamimu selepas selesai urusanmu dengan Yang Maha Esa. Hormati, doakan dan kasihi suami perkasamu dengan sepenuh hati nurani. Restu suami, amat besar ertinya buat saya.
Ikatlah kenangan kasih sayangmu bersamanya dengan air tangan isteri, menu biasa yang disajikan dengan impak luar biasa, Amin~ >w<









MamaFiza, Wanita Hari Ini, TV3
Si Cilik LittleKittle.com, MHI, TV3
MamaFiza, Warta Tengahari, TV1
MamaFiza, Respons, TV1
LittleKittleTV, YouTube








