
Menu Si Cilik & Media
Alhamdulillah, antara resipi terpilih yang telah dimuatkan dalam terbitan akhbar Harian Metro pada 22hb September 2010 adalah Piza Mini Pesona.
Hasil temubual bersama Cik Siti Zarinah Sahib, teman media yang amat menyenangkan ^____^
Resipi ringkas, mudah dan berkhasiat ini boleh didapati di dalam buku “Hidangan Si Cilik”
Mari mencuba hasil masakan ini dengan anak kecil teristimewa~

Kegembiraan dan kepuasan yang tiada had, Alhamdulillah

Mukasurat hadapan.
Nota: Salam takziah buat Erni Irdawati Dekritawati Yuliana Bukhari serta ahli keluarga pihak mangsa yang terlibat. Moga Tuhan sentiasa merahmati rohnya, Amin~

Terima kasih atas sokongan semua
*peluk!*

Gambar keseluruhan.

Gambar tangan saya! *heee*

Mukasurat pertama >_<
Artikel pendek ini adalah sebahagian info yang daripada Harian Metro (versi online):
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menambat selera anak-anak. Antaranya dengan menyediakan makanan kegemaran mereka seperti piza yang boleh dimasak sendiri.
Namun elakkan menggunakan sayuran sejuk beku seperti kacang pis, jagung dan lobak merah.
Sebaliknya gunakan parutan lobak merah, nanas dan hirisan paprika tiga warna kerana rasanya yang lebih lembut, rangup dan enak berbanding sayuran sejuk beku yang hanya cantik pada warna namun tidak pada rasa.
Paprika atau nama latinnya Capsicum annuum berasal daripada tumbuhan kumpulan Solanaceae yang mempunyai banyak khasiat terutama untuk kanak-kanak kerana kaya vitamin.
Perbezaan paprika dengan cili biasa adalah biji paprika dibuang terlebih dulu sebelum dimasak. Paprika yang berasal dari Amerika Selatan mempunyai dua jenis, paprika manis yang berbentuk lebih besar dan paprika pedas yang berbentuk lebih kecil.
Hafiza Abdul Rahman, 25, daripada littlekittle.com berkongsi resipi membuat piza untuk anak-anak.
Bahannya:
3 keping doh piza segera (saiz mini, dipotong sama rata)
Sedikit minyak zaitunBahan pelengkap:
Hirisan paprika hijau (dipotong memanjang)
Hirisan bawang Holland (diracik halus dan memanjang)
1 cawan keju diparut (parmesan/mozzarella)
1 cawan keju cheddar diparut
3 sudu besar mentega bawang putih
Secubit rempah oreganoSos sapuan:
1 cawan daging kambing (dipotong kecil)
1 cawan sos bologne buatan sendiri atau sos tomato pasta bologne atau satu tin plum tomato (bukan tomato puri)
1/4 sudu campuran daun herba
Sedikit serbuk lada sulah
3 sudu besar minyak zaitun untuk menggoreng
- Bahan boleh dipelbagaikan dengan sosej, ayam kajun, ikan tuna, ikan sardin, salmon salai, cendawan, nanas, daging salai, daging salami atau telur.
Selamat mencuba



MamaFiza, Wanita Hari Ini, TV3
Si Cilik LittleKittle.com, MHI, TV3
MamaFiza, Warta Tengahari, TV1
MamaFiza, Respons, TV1
LittleKittleTV, YouTube








