
Pertanyaan Resipi
Tertawa melihat keletah si comel
Buat Cik/Cik Puan/Tuan yang punyai sebarang masalah atau pertanyaan berkenaan resipi yang terdapat di dalam buku “Hidangan Si Cilik“, sila hantar soalan berkenaan kemusykilan Cik/Cik Puan/Tuan pada ruangan e-borang ini (sila klik) dan sila email bersama gambar buku Hidangan Si Cilik bersama alamat email Cik/Cik Puan/Tuan kepada saya (contoh seperti gambar dibawah). Terima kasih.
Dilema Cik/Cik Puan/Tuan akan dibantu dan dirungkai bersama-sama. Ayuh, bincangkannya
Nota: Maklum balas akan diberikan oleh penulis dalam tempoh 7 hari waktu bekerja.
Misi masakan rahsia, anakku?
p/s: Buku “Hidangan Si Cilik” mengandungi 45 resipi menu sihat untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 6 tahun (Menu Buku Resipi PTS, Gerenti Jadi!) dan siap diterbitkan oleh PTS Millennia Sdn Bhd pada bulan Disember 2010.
Bermain masak-masak bersama anakanda tersayang merupakan antara salah satu memori terindah buat saya ^O^ *Alhamdulillah*
——————————————————–
Nama Jelitawan: Kak Ros yahayarusni[@]yahoo.com
Tajuk Email: Resepi Si Cilik
Tarikh: 19hb Januari 2011Mesej & Pertanyaan:
Kak Ros nak tanya kalau masak untuk anak-anak kecil perasa apa yang puan gunakan kerana penggunaan gula dan garam tidak digalakkan. Harap puan dapat terangkan.
Balasan Jawapan:
Assalamualaikum wbt buat bonda istimewa Cik Kak Ros yang dihormati ^_^ Salam perkenalan *peluk!*
Jutaan terima kasih kerana sudi bertanya, saya amat hargainya. Saya senang sekali dengan soalan Cik disebabkan inilah rahsia utama untuk memikat si cilik untuk makan dengan berselera ^_-
Benar sekali, deria rasa si kecil perlu diransang dengan cara yang betul menggunakan bahan semulajadi yang segar dan bukan bahan perasa segera.
Oleh sebab itu, sejak anak-anak saya mula mengenali dunia makanan, setiap hujung minggu saya akan memperuntukkan waktu khas untuk membuat dan merebus stok khas yang disimpan di dalam peti ais. Stok air rebusan itu saya asingkan kepada beberapa label, yakni: stok ikan bilis, stok isi ikan, stok daging lembu, stok daging ayam, stok daging kambing. Alhamdulillah, bahan inilah yang saya jadikan bahan penambah perasa dalam hidangan untuk si cilik ^_____^
Buat si cilik berusia 2-6 tahun, kita boleh gunakan garam (cadangan saya: garam bukit) dan gula dalam masakan, namun perlu dalam kuantiti yang paling minima.
Namun jika boleh dielakkan untuk setiap masakan di rumah, sebaiknya dijauhi penggunaannya kerana restoran makanan segera di luar rumah (yang kebiasaannya dilawati oleh keluarga Malaysia untuk tujuan baik seperti bersantai bersama) sudah pun mengandungi banyak bahan perasa, garam, gula dalam kandungan masakannya. Jadi, masakan di rumah kekal sihat >w<
Selain itu, saya syorkan Cik Kak Ros untuk gunakan minyak zaitun tulen bagi menambah kelazatan setiap masakan. Insya-Allah, hasilnya pasti mengujakan ^-^
Selamat memasak dengan penuh rasa cinta buat familimu Cik Kak Ros
![]()
–
Nama jelitawan: Susilawati Abdi Susilawati.Abdi.jx[@]skl.renesas.com
Tajuk Email: Resipi untuk makanan bayi 6 bulan ke atas
Tarikh: 19hb Januari 2011Mesej & Pertanyaan:
Salam mamafiza…adore you 25 tahun dah ader 4 org anak…saya yg dah 34 tahun ni br 3 anak…pun kelam kabut…ader tak resipi yg sedap tuk baby berusia 6 bulan ker atas…my baby tak berapa nak makan…dah mula risau ni…harap dpt reply dr you..Balasan Jawapan:
Assalamualaikum wbt dan salam persahabatan buatmu bonda rupawan Cik Susilawati ^O^ Moga dirimu sentiasa dalam redha-Nya, Amin~ *peluk!*
Jutaan terima kasih buat pujian yang dihadiahkan, kami sekeluarga amat menghargainya, terima kasih Cik!
Ribuan maaf buat Cik jika saya tersilap kata atau terkasar bahasa kerana yang buruk pastinya daripada saya dan yang benar pasti hadir daripada-Nya.
Jujur bicara, saya boleh berikan pandangan peribadi berkenaan hal ini namun bukan daripada pengalaman saya disebabkan anak-anak saya hanya diberikan makanan utama setelah berusia 2 tahun kerana kami mengamalkan tempoh penyusuan berganda selama 30 bulan bagi setiap kelahiran. Maafkan saya berkenaan perihal ini -_-
Bayi berusia awal 6 bulan gemar sekali pada puree. Cik boleh cuba buat dan pelbagaikan puree yang diperbuat daripada bahan berkhasiat berbanding makanan bayi yang telah siap di pek di kedai.
Di sini, saya cadangkan di bawah dan berikannya secara berasingan serta berperingkat pada bayi comel Cik. Boleh ditukar setiap hari
![]()
Buah-buahan: Apple | Avokado | Aprikot | Pisang | Mangga (manis) | Pic | Betik | Pear | Plum dan Prun | Labu (manis)
Sayur-Sayuran: Brokoli | Lobak Merah | Kacang Pis | Ubi Keledek | Ubi Kentang
Bijirin: Bubur nasi (beras dikisar halus) | Oat | Barli
Mohon elakkan bahan-bahan di bawah ini daripada diberikan sebagai makanan kepada bayi Cik sebelum berusia 1-2 tahun untuk jauhi segala kemudaratan di masa hadapan, Insya-Allah:
Madu | mentega kacang| kekacang (dan juga untuk elakkan daripada musibah tercekik) | buah lemon, limau atau nenas dalam kuantiti yang banyak | buah strawberi, rasberi, beri hitam yang mentah (yang tidak dibuat puree) | jagung| putih telur | hidupan laut (ketam/kerang/udang).
Selamat mencuba dan meneroka dunia penuh keindahan bersama bayimu Cik Susilawati
![]()
–
Nama Jelitawan: Madzlinah madzlinah75[@]yahoo.com
Tajuk Email: Tip Memujuk Utk Makan
Tarikh: 19hb Januari 2011Mesej & Pertanyaan:
Salam,Semoga Mama Fiza dan keluarga berada di dalam keadaan yang sihat dan dirahmatiNYA.
Saya ingin tahu cara-cara untuk memujuk dan menyediakan makanan untuk anak buah lelaki yang berumur 6 tahun. Dia tak suka makan nasi dan sayur (except bendi). Makanan kegemaran adalah ayam goreng esp kulit dan roti hot dog. Puas saya cuba mevariasikan makanan tapi tak berjaya..saya risau dia akan kekurangan zat makanan..semasa membesarBalasan Jawapan:
Assalamualaikum wbt buat bonda anggun Cik Madzlinah yang ceria
![]()
Pertama sekali, jutaan terima kasih buat doa suci yang dititipkan, kami sekeluarga terharu dan sangat menghargainya, terima kasih Cik!
Cik Madzlinah, mohon jangan risau keadaan ini kerana putera cilik tersebut masih sudi makan bendi. Saya harap cik boleh beri pujian menggunung dan pelukan padanya setiap kali dia berjaya makan bendi. Sila jangan semakkan fikirannya dengan nama senarai sayuran lain yang tidak mahu dijamahnya.
Umpannya dengan cerita setiap kali waktu makan, contohnya jika ingin si dia makan lobak merah “Abang kecil, abang pandai, abang bijak. Abang kecil mahu terbang di angkasa raya? Auntie suka lihat burung-burung terbang bebas melayang seperti layang-layang yang kita main tempoh hari di taman permainan. Mahu jadi hebat dan miliki mata sihat seperti juruterbang dan angkasawan? Licik dan lincah bagai Bugs Bunny? Cuba rasa hirisan lobak merah yang rangup ini, rugi jika tidak cuba. Janji, kita rasa bersama ya?”
Setiap minggu pastikan hidangannya disajikan dengan sayuran berbeza, yang tidak pahit (salad/timun/brokoli/coleslaw) dan sayuran berwarna cerah (bagi menarik minatnya). Biar sedikit demi sedikit, saya juga begitu sewaktu kecil, sebab itu saya amat memahami situasi ini ^_-
Lebih banyak tips daripada saya Cik boleh cuba baca di sini. Khas untuk mendidik si comel makan sayur.
Selamat melayari alam hijau bersama anak buah cilikmu Cik Madzlinah
![]()
–







MamaFiza, Wanita Hari Ini, TV3
Si Cilik LittleKittle.com, MHI, TV3
MamaFiza, Warta Tengahari, TV1
MamaFiza, Respons, TV1
LittleKittleTV, YouTube








